Malaysia terdedah tekanan ekonomi, pendekatan perlu berhemah – Johari

PETALING JAYA – Malaysia terdedah kepada tekanan ekonomi global dalam ketidaktentuan geopolitik termasuk konflik di Asia Barat, ekoran ketiadaan ruang fiskal yang besar sebagaimana negara maju.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebarang intervensi yang dilakukan perlu dirangka dengan lebih berhati-hati.

Katanya, kerajaan kini sedang meneliti langkah tambahan bagi membantu rakyat berdepan cabaran semasa susulan konflik berkenaan.

“Kita sedang meneliti secara terperinci apakah langkah lain yang boleh diambil untuk membantu meringankan kesukaran yang dihadapi oleh komuniti perniagaan.

“Bagaimanapun, pada masa sama kita perlu mengambil kira kekangan yang dihadapi kerajaan ketika ini. Kita bukan seperti sesetengah negara kaya yang mempunyai lebihan tunai yang besar.

“Kita masih mempunyai hutang (debt to service) sebanyak RM1.5 trilion. Jadi semua ini perlu diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Vesakhi 2026 di Tatt Khatsa Diwan Gurdwara, pada Selasa.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa turut menyerahkan RM50,000 kepada komuniti berkenaan.

Mengulas lanjut, Johari berkata, apa sahaja tindakan yang bakal diambil kerajaan kelak tidak akan sempurna berikutan perang disifatkan berubah setiap dua minggu.

“Sekejap mereka kata keadaan baik, sekejap tidak baik. Bagaimana kita hendak merancang dalam keadaan seperti ini?Jika perang berterusan, ketidaktentuan ini berterusan, semua orang akan terkesan dari segi ekonomi.

“Jadi ini adalah masa untuk kita menyatukan kekuatan dan melihat bidang keutamaan yang perlu diberi perhatian supaya ia tidak menjejaskan orang ramai.

“Sebagai contoh, salah satunya ialah keselamatan makanan. Itu perkara paling penting yang perlu kita lihat. Kita mengimport makanan (bernilai) kira-kira RM100 bilion setahun,” katanya.

Johari memaklumkan, sekiranya berlaku apa-apa terhadap kos atau ketersediaan makanan, ia pasti akan memberi kesan khususnya terhadap keselamatan makanan dan kos tenaga.

“Kerajaan hanya boleh melakukan setakat yang mampu sahaja, kerana kita juga mempunyai sumber yang terhad. Jika dilihat kepada bahan api, kita masih menjadi pengimport bersih.

“Ramai yang tidak memahami perkara ini. Bagi gas pula, kita adalah pengeksport bersih. Namun, hasil yang kita peroleh daripada gas hanyalah sekitar 13 hingga 15 peratus daripada nilai minyak dan terdapat tempoh kelewatan.

“Selain itu, ia juga tidak berubah serta-merta kerana terdapat banyak kontrak jangka panjang yang terikat,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterjaminan makanan: Belajar dari krisis, sedia dari dapur sendiri

KUCHING – Setiap kali harga barang keperluan asas naik, keluhan pasti kedengaran di pelbagai platform.  Namun, sedarkah kita bahawa isu keterjaminan makanan sebenarnya adalah bom jangka ‘senyap’ yang menuntut persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori