Imigresen perhebat operasi, 49 PATI ditahan dalam serbuan

SANDAKAN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan di tiga lokasi berasingan sekitar daerah ini, pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Siti Saleha Habib Yusoff berkata, operasi berkenaan dilaksanakan secara berterusan hasil risikan serta maklumat orang awam, selaras usaha membanteras kehadiran PATI di negeri ini.

“Hasil pemeriksaan terhadap 95 individu, seramai 49 orang telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 15 perempuan dewasa, 14 kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan warga Filipina, Indonesia serta Pakistan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan kini ditempatkan di depot imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurut Siti Saleh, operasi yang dijalankan pada 10 April itu melibatkan 28 pegawai dari Pejabat Imigresen Daerah Sandakan.

Dalam pada itu, JIM Sabah menegaskan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji PATI.

Sehubungan itu, orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula