Belia diseru rebut peluang, manfaat program kerajaan di akar umbi

LIMBANG – Masyarakat perlu terus memainkan peranan aktif dalam memanfaatkan pelbagai program kerajaan yang dilaksanakan di kawasan setempat demi memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa komited turun padang bagi melaksanakan program inklusif yang merangkumi penyampaian maklumat, pendaftaran bantuan kebajikan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran serta pameran perkhidmatan awam.

“Program seperti ini bukan sekadar acara biasa, sebaliknya merupakan platform penting untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat.

“Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat secara terus, menyelesaikan urusan dengan agensi berkaitan serta membuka ruang kepada peningkatan taraf hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Kesyukuran dan Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri di Kampung Kuala Berawan pada Sabtu.

Beliau merangkap Ahli Parlimen Limbang berkata usaha berterusan kerajaan adalah memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan, khususnya dalam aspek akses kepada maklumat, peluang ekonomi dan pembangunan sosial.

“Jurang antara bandar dengan luar bandar perlu dirapatkan, sebab itu kerajaan sentiasa memastikan program sebegini dibawa terus ke peringkat akar umbi agar semua lapisan masyarakat mendapat manfaat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kejayaan sesuatu program tidak hanya bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata, sebaliknya turut memerlukan sokongan daripada masyarakat setempat.

“Jika kita tidak mengambil peluang untuk hadir dan menyertai program yang dianjurkan, maka usaha ini tidak akan mencapai matlamatnya.

“Lebih membimbangkan, golongan belia akan terlepas peluang yang berpotensi mengubah masa depan mereka,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan