Tiga usul diluluskan, PKR Kimanis perkukuh strategi PRU16

KIMANIS – PKR Sabah Cabang Kimanis menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada serta kesatuan dalam parti akan terus menjadi asas kukuh bagi menjamin kemenangan dan kestabilan politik berterusan.

Ketua Cabang PKR Kimanis, Niki Ramday berkata, Mesyuarat Agung Tahunan PKR Kimanis 2026 telah meluluskan tiga usul utama secara sebulat suara sebagai panduan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Menurutnya, usul pertama mencadangkan agar Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikekalkan sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua sekiranya PH memperoleh majoriti dalam PRU-16.

“Selain itu, mesyuarat turut mencadangkan agar kerusi Parlimen Kimanis diperuntukkan kepada calon daripada PKR.

“Usul ketiga pula mencadangkan supaya jawatan Presiden parti tidak dicabar dalam pemilihan akan datang, demi menjamin kestabilan, kesinambungan kepimpinan serta memastikan fokus penuh diberikan kepada persiapan PRU-16,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Niki berkata, mesyuarat berkenaan mencerminkan komitmen tinggi serta semangat kesepaduan dalam kalangan ahli cabang dalam usaha memperkukuh organisasi parti dan memperkasa gerak kerja menjelang PRU-16.

Turut hadir, Ketua Cabang Tenom, Herbert Roger serta ahli-ahli PKR Cabang Kimanis di Pejabat Induk Kimanis Sentro, di sini pada Sabtu.

Related Posts

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang sekali gus mengundurkan diri daripada arena politik selepas hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

KUANTAN – Kira-kira 500 ahli UMNO Bahagian Jerantut menyertai pelancaran program Gerakan Setia UMNO yang berlangsung di padang awam FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, lewat petang semalam. Program itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi