‎10 KIR terima bantuan khas PM, ringankan beban mangsa kebakaran ‎

KOTA KINABALU – Seramai 10 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di Kampung Gudon pada 28 Mac lalu menerima sumbangan khas daripada Perdana Menteri bagi membantu meringankan bebanan mereka.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Perdana Menteri (ICU Sabah) itu merangkumi wang tunai serta peralatan dapur bagi membantu mangsa memulakan semula kehidupan.

‎“Sebanyak tujuh buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran tersebut, melibatkan 10 KIR.

‎”Sebelum ini, bantuan awal telah disalurkan oleh pihak Parlimen dan hari ini khusus kita sampaikan sumbangan khas daripada Perdana Menteri.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mangsa agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya ketika ditemui media semasa Program Penyerahan Sumbangan Khas di Kampung (Kg) Gudon, di sini pada Ahad.

‎Menurut Mustapha, pihaknya akan terus memantau keperluan mangsa dari semasa ke semasa, termasuk membantu dalam aspek penempatan dan pembinaan semula kediaman.

‎“InsyaAllah juga, pihak Parlimen akan memantau juga apa lagi keperluan-keperluan yang diperlukan untuk mempermudahkan urusan mangsa-mangsa ini selepas ini,” katanya.

‎Katanya lagi, beberapa cadangan sedang dipertimbangkan termasuk penempatan sementara melalui rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan inisiatif rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

‎“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyalurkan bantuan tunai untuk keperluan asas, manakala pihak Parlimen juga mempunyai peruntukan tertentu bagi membantu dari segi bahan binaan asas.

‎“Kita juga telah meminta pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meneliti kemungkinan penempatan di rumah PPRT yang kosong.

‎”Perkara ini masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut,” kongsinya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan