87 koperasi kariah masjid Pahang rekod aset lebih RM5 juta

KUANTAN – Gerakan koperasi kariah masjid di Pahang terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan nilai aset keseluruhan melebihi RM5 juta dengan modal syer anggota mencecah hampir RM2 juta setakat 31 Disember 2025.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 314,537 anggota koperasi direkodkan di negeri ini, merangkumi 6,760 anggota daripada 87 koperasi kariah masjid berdaftar.

“Angka-angka ini membuktikan gerakan koperasi kariah masjid merupakan antara wadah pembangunan ekonomi ummah yang terus berkembang serta memberi manfaat signifikan kepada anggota dan masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Multaqa Wa Takrim Koperasi Kariah Masjid Negeri Pahang 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Majlis julung kali diadakan itu dianjurkan bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Timur dan ANGKASA Pahang sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan gerakan koperasi kariah masjid dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi ummah.

Pada majlis itu, tiga koperasi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Negeri Pahang 2026 iaitu Koperasi Kariah Masjid Al-Hikmah Rompin Berhad (tempat pertama), Koperasi Masjid Lama Permatang Badak Berhad (kedua) dan Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad (ketiga).

Sebanyak 30 koperasi kariah masjid turut menerima cek cura Geran Program Pemerkasaan Koperasi Kariah Masjid Negeri Pahang berjumlah RM450,000 menerusi Belanjawan Negeri Pahang 2026 pada majlis sama.

Sijil Bengkel Penyediaan Kanvas Model Perniagaan turut disampaikan kepada koperasi terlibat bagi meningkatkan daya saing dan pembangunan perniagaan.

Wan Rosdy berharap koperasi kariah masjid terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan integriti dan mengamalkan pengurusan profesional serta berani meneroka peluang perniagaan baharu yang sesuai dengan keperluan setempat.

“Pada masa kini masjid bukan lagi sekadar tempat untuk menunaikan ibadah dan beriktikaf semata-mata, malah fungsinya boleh dikembalikan kepada zaman keemasan Islam dahulu iaitu sebagai pusat kemasyarakatan,” katanya.

Menurut beliau, pengiktirafan yang diterima bukan sekadar penghormatan, sebaliknya amanah untuk terus meningkatkan prestasi dan kecemerlangan koperasi pada masa hadapan.

Beliau turut menyeru koperasi kariah masjid mempelbagaikan bidang perniagaan bernilai tinggi termasuk peruncitan, agromakanan dan perkhidmatan bagi meningkatkan pendapatan anggota serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Penganjuran majlis itu mencerminkan komitmen Kerajaan Pahang, SKM, IKMa dan ANGKASA dalam memperkasakan gerakan koperasi kariah masjid sebagai pemacu ekonomi ummah yang inklusif dan mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Dasar Koperasi Malaysia 2030.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi