Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

Ranau – Pelari Tambunan, Donal Ronaldi, 28, membuktikan keunggulannya apabila mempertahankan gelaran juara kategori Lelaki Terbuka Timpohon Run 2026, manakala Nancy Bongkuron, 37, mencuri tumpuan dengan mencipta rekod baharu kategori Wanita Terbuka.

Donal yang juga seorang guru berjaya menamatkan larian sejauh 9.8 kilometer itu dalam masa 50 minit lapan saat, sekali gus meraih gelaran juara buat kali kedua dalam penampilan keduanya pada acara berkenaan.

Dia berkata, catatan masa lariannya tahun ini agak mengecewakan apabila mengambil masa lebih satu minit untuk menuruni laluan itu disebabkan laluan yang agak mencabar susulan hujan pada petang Jumaat.

“Tahun lalu juara, tahun ini juara, jadi tahun depan, masih berfikir mahu ulang ataupun ‘upgrade’ pergi ke Climbathon,” ujarnya kepada media selepas selesai Timpohon Run 2026, pada Sabtu.



Nancy yang berasal dari Kiulu pula mencatat masa satu jam lapan minit 30 saat untuk muncul juara kategori Wanita Terbuka, selain mencipta rekod baharu yang menyerlahkan pencapaiannya dalam cabaran larian gunung itu.

“Ini merupakan penyertaan pertama saya dalam acara ini kerana saya ingin mencuba laluan Timpohon Trails. Saya tidak sangka pula akan menang kerana saya menyertaai acara ini untuk santai sahaja.

“Saya lahir dan membesar di kampung, di atas bukit. Jadi laluan sebentar tadi tiada masalah bagi saya kerana sudah biasa dengan laluan itu,” jelasnya.



Kejayaan kedua-dua pelari tempatan berkenaan telah menewaskan seramai 331 peserta dari negara ini, Indonesia dan Filipina.

Untuk rekod, penganjuran Timpohon Run turut menyokong usaha menggalakkan aktiviti rekreasi luar, memperluas penyertaan komuniti dan mempromosikan pelancongan berasaskan alam semula jadi, khususnya tarikan pergunungan Sabah.

Acara ini bukan sekadar menguji ketahanan fizikal peserta, malah menjadi platform memperkenalkan sukan larian gunung kepada pelari pelbagai tahap pengalaman menerusi laluan yang menawarkan keindahan alam semula jadi Taman Kinabalu, yang diiktiraf sebagai Taman Geopark Global UNESCO.

Laluan bermula di Pintu Utama sebelum menuju ke Pintu Timpohon, menyusuri denai Mempening, melalui Restoran Liwagu dan berakhir di Dewan Kinabalu. Peserta diberikan tempoh empat jam 30 minit untuk menamatkan cabaran berkenaan.

Lima pelari terbaik bagi setiap kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka menerima hadiah wang tunai masing-masing RM500 bagi tempat pertama, RM400 bagi tempat kedua, RM300 bagi tempat ketiga, RM200 bagi tempat keempat dan RM150 bagi tempat kelima.

Acara ini disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah merangkap Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelancongan Sabah, Anthea James Jipanus bersama Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Raime Unggie.

Related Posts

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

KUCHING – Sarawak perlu memperkukuh kepakaran tempatan dalam bidang pemuliharaan warisan bagi memastikan bangunan bersejarah, identiti budaya dan khazanah masyarakat terus terpelihara untuk generasi akan datang. Penasihat Old Kuching Smart…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan pembentukan adab, akhlak dan disiplin bagi melahirkan generasi berilmu serta berkeperibadian tinggi. Ahli Parlimen Igan, Datuk Ahmad Johnie Zawawi berkata, kejayaan sebenar bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

  • By Ithma
  • October 17, 2026
Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Jangan matikan suara mahasiswa!

Jangan matikan suara mahasiswa!

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan