Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan pembentukan adab, akhlak dan disiplin bagi melahirkan generasi berilmu serta berkeperibadian tinggi.

Ahli Parlimen Igan, Datuk Ahmad Johnie Zawawi berkata, kejayaan sebenar bukan sekadar diukur melalui pencapaian akademik atau kerjaya, sebaliknya turut bergantung kepada pembentukan sahsiah dan keupayaan memahami kesusahan orang lain.

Menurutnya, ilmu pengetahuan mampu mengubah kehidupan seseorang, namun perlu disertai nilai keimanan, kesabaran dan empati bagi membentuk individu yang berjaya serta berakhlak mulia.

“Pelajar perlu bercita-cita tinggi dan belajar bersungguh-sungguh. Jangan jadikan kedudukan sekolah di luar bandar sebagai penghalang untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Johnie turut menyatakan komitmen untuk membantu institusi pendidikan di kawasan Parlimen Igan menerusi peruntukan kerajaan negeri dan Persekutuan bagi menyokong keperluan sekolah serta pelajar.

Majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 orang itu turut menyaksikan penyampaian anugerah mata pelajaran terbaik dan pencapaian keseluruhan terbaik bagi setiap tingkatan serta Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Antara pengiktirafan lain ialah Anugerah Tokoh Kokurikulum, Tokoh NILAM, Tokoh Kurikulum, Terbaik Sukan dan Tokoh Pelajar Inspirasi.

Selain itu, insentif turut disampaikan kepada pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

  • Related Posts

    Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

    KUCHING – Sarawak perlu memperkukuh kepakaran tempatan dalam bidang pemuliharaan warisan bagi memastikan bangunan bersejarah, identiti budaya dan khazanah masyarakat terus terpelihara untuk generasi akan datang. Penasihat Old Kuching Smart…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

    PEKAN – Dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Pekan atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam di sebuah pondok pada 6 Oktober lalu. Menurut laporan Sinar…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

    Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

    Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

    Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

    Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

    Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

    Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

    Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

    16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

    • By Fatin
    • October 17, 2026
    16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

    Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

    Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak