Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

PEMIMPIN kanan parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes berdua-duaan di tempat tertutup di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.

Dalam kenyataan, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu mengakui perbuatannya merupakan satu kesalahan dan memohon maaf kepada isteri, keluarga serta semua pihak yang terkesan akibat kejadian berkenaan.

Beliau menjelaskan, perbincangan bersama beberapa rakannya pada awalnya berlangsung di studio mereka di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum diputuskan untuk diteruskan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

“Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan.

“Seperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka,” katanya.

Nik Nazmi berkata, beliau kesal dengan kesilapan pertimbangan yang berlaku dan mengakui keadaan itu tidak sepatutnya terjadi.

Beliau turut memohon maaf kepada parti Bersama susulan kontroversi berkenaan yang disifatkannya telah mengecewakan ahli serta penyokong parti.

“Saya juga memohon maaf kepada parti Bersama kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong Bersama, memandangkan isu ini menjejaskan parti dan akan menerima apa jua keputusan parti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan akan memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan berhubung kes berkenaan.

Nik Nazmi turut meminta semua pihak menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan tidak memanjangkan isu itu menerusi media.

“Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media,” katanya.

Related Posts

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk menghina, mencaci, menghasut atau menjatuhkan maruah orang lain sehingga menjejaskan perpaduan masyarakat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

PUTRAJAYA – Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

  • By Ithma
  • October 17, 2026
Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Jangan matikan suara mahasiswa!

Jangan matikan suara mahasiswa!

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan