Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk menghina, mencaci, menghasut atau menjatuhkan maruah orang lain sehingga menjejaskan perpaduan masyarakat.

Seri Paduka bertitah, semangat cinta akan negara perlu dibina melalui perpaduan dan kehidupan harmoni yang berteraskan amalan adab dalam kehidupan seharian.

“Dari kecil kita diajar tentang adab untuk menghormati orang tua, tertib dalam berbicara dan tidak memandang rendah antara agama dan bangsa.

“Sesungguhnya adab bukan sekadar bersopan santun tetapi merupakan nadi yang membentuk maruah negara,” titah Baginda, seperti dikongsi di Facebook hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.

Baginda bertitah, kemajuan dunia digital dan penggunaan media sosial ketika ini menyaksikan segelintir pihak semakin mengabaikan adab sehingga sanggup menghina, mencaci, memaki hamun serta menjatuhkan maruah orang lain.

“Ingatlah bahawa di sebalik setiap nama dan wajah yang dibenci dan dicaci itu ada insan yang mempunyai keluarga, maruah dan perasaan.

“Terdapat juga sesetengah pihak yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk menghasut, menimbulkan kebencian dan memecahbelahkan masyarakat,” titah Seri Paduka Baginda.

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab, termasuk menggunakan media sosial dengan penuh adab dan menghormati orang lain.

“Jangan jadikan media sosial sebagai pentas untuk menghina, memaki, mencaci dan menjatuhkan maruah seseorang.

“Berbeza pandangan bukan alasan untuk bermusuhan. Kita boleh tidak bersetuju tetapi nyatakan pandangan dengan bahasa yang baik dan beradab.

“Jika hendak mengkritik sampaikan secara membina. Jika hendak menegur maka tegurlah dengan penuh berhemah,” titah Baginda.

Baginda bertitah, tindakan berkongsi maklumat yang belum dipastikan kebenarannya hanya kerana mahu menjadi individu pertama menyebarkannya boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam penyebaran fitnah dan kebencian.

“Saya mahu melihat kita menjadi sebuah masyarakat yang matang dalam berkomunikasi, bebas bersuara dengan penuh adab, berani memberi pandangan tetapi tidak menghina dan tegas mempertahan pendirian tanpa menanam kebencian,” titah Sultan Ibrahim.

Related Posts

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

PEMIMPIN kanan parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes berdua-duaan di tempat tertutup di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

PUTRAJAYA – Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

  • By Ithma
  • October 17, 2026
Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Jangan matikan suara mahasiswa!

Jangan matikan suara mahasiswa!

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan