Kerajaan Persekutuan, negeri perlu jadikan Waad Nasional landasan kerjasama – PM

KUALA LUMPUR – Kerjasama lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan diperkukuh menerusi kerangka Waad Nasional bagi memastikan pembangunan negara dilaksanakan secara mampan, adil dan seimbang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu antara perkara utama yang dibincangkan pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 yang dipengerusikannya hari ini, termasuk cadangan Waad atau covenant dalam Belanjawan MADANI 2027 sebagai landasan memperkukuh penyelarasan antara kedua-dua peringkat kerajaan.

“Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan persoalan turun naik harga minyak dunia, belanjawan ini perlu terus membela rakyat, menangani kos sara hidup serta mengambil kira keutamaan setiap negeri, termasuk aspek keselamatan sempadan, terutamanya di Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyelarasan perancangan dan peruntukan mengikut keperluan sebenar di lapangan penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi negeri serta pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat terus diberi keutamaan.

Beliau berkata, mesyuarat itu turut membincangkan kepentingan kriptografi pascakuantum dalam memperkukuh perlindungan data dan sistem digital negara bagi menghadapi perkembangan teknologi serta ancaman keselamatan siber pada masa hadapan.

Sementara itu, Anwar berkata, Indonesia sudah diminta mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani aktiviti pembakaran terbuka susulan kebimbangan terhadap isu jerebu rentas sempadan.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil kerana jerebu bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, khususnya murid dan pelajar, malah turut mengganggu kelancaran sesi persekolahan.

Setakat jam 3 petang tadi, sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, menyebabkan semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok berikutan keadaan jerebu semasa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, menerusi hantaran di Facebook hari ini, berkata penutupan itu turut membabitkan sekolah di beberapa daerah di Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, sekolah di semua negeri dan daerah lain akan beroperasi seperti biasa.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia pertahan prinsip keadilan, tolak penjajahan Palestin – PM

Malaysia pertahan prinsip keadilan, tolak penjajahan Palestin – PM

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu jadikan Waad Nasional landasan kerjasama – PM

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu jadikan Waad Nasional landasan kerjasama – PM

Pindaan Ordinan Cuti Umum tekankan hak pekerja, kepentingan komuniti pedalaman

Pindaan Ordinan Cuti Umum tekankan hak pekerja, kepentingan komuniti pedalaman

Cuti gantian lebih jelas, pekerja dapat rancang urusan – Mohamad Duri

Cuti gantian lebih jelas, pekerja dapat rancang urusan – Mohamad Duri

Polis lepas tembakan amaran ketika tangkap suspek samun, cubaan rogol

  • By Fatin
  • October 14, 2026
Polis lepas tembakan amaran ketika tangkap suspek samun, cubaan rogol

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani