Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

SARATOK – Pengumuman pemberian elaun berjumlah RM2,500 kepada pelajar Tingkatan Enam menerusi Belanjawan 2027 disambut baik oleh para pelajar yang menyifatkannya sebagai satu bentuk sokongan kerajaan dalam memperkukuh akses pendidikan prauniversiti.

Rata-rata menyifatkan inisiatif itu bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan pelajar, malah menjadi pendorong untuk mereka terus memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Pelajar Kolej Tingkatan Enam Saratok (KTES) Norfarid Akmal Mohd Shahril berkata, bantuan berkenaan amat bermakna kerana pelajar Tingkatan Enam turut memerlukan perbelanjaan bagi keperluan akademik seperti pembelian buku rujukan, bahan pembelajaran serta kos pengangkutan.

Menurut beliau, pengumuman tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan pelajar yang memilih laluan Tingkatan Enam sebagai persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Elaun ini dapat membantu mengurangkan beban pelajar dan keluarga, terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini. Ia juga memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha mencapai keputusan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Muhazriq Majeri berkata, pemberian elaun tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan Tingkatan Enam sebagai salah satu laluan penting ke pendidikan tinggi.

Beliau berkata, walaupun pelajar Tingkatan Enam berada di peringkat prauniversiti, mereka tetap mempunyai komitmen akademik yang tinggi dan memerlukan sokongan sewajarnya.

“Bantuan ini memberi motivasi kepada pelajar untuk terus fokus dalam pembelajaran. Ia menunjukkan bahawa usaha dan cabaran yang dilalui pelajar Tingkatan Enam mendapat perhatian kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Danial Akhyar turut menyifatkan, inisiatif berkenaan dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk meneruskan pendidikan tanpa terlalu terbeban dengan faktor kewangan.

Menurutnya, sokongan kewangan seperti itu penting bagi memastikan pelajar daripada pelbagai latar belakang mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

“Pendidikan merupakan kunci kepada masa depan. Dengan adanya bantuan seperti ini, pelajar dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajaran dan persediaan untuk melangkah ke alam universiti,” katanya.

Ketiga-tiga pelajar itu berharap pelaksanaan elaun berkenaan dapat dilakukan secara berkesan supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pelajar Tingkatan Enam yang layak.

Related Posts

RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM200 juta di bawah Belanjawan 2027 bagi melaksanakan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) yang dijangka memberi manfaat kepada 10,600 mahasiswa anak Sarawak di empat universiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

PEMBANGKANG dicabar supaya membentangkan belanjawan alternatif, bukannya sekadar mempertikaikan perancangan ekonomi Kerajaan MADANI. Gesaan orang ramai di media sosial itu susulan kritikan Ketua Portfolio Ekonomi Perikatan Nasional (PN), Syahir Sulaiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

  • By Fatin
  • October 12, 2026
Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

Sarawak peruntuk RM680 juta untuk SKAS, inflasi kekal rendah 0.7 peratus

Sarawak peruntuk RM680 juta untuk SKAS, inflasi kekal rendah 0.7 peratus