Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

MUKAH – Jangkaan pendapatan Kerajaan Sarawak bagi tahun 2026 yang bakal merekodkan paras tertinggi dalam sejarah wajar dijadikan ‘durian runtuh’ menerusi pembentangan Belanjawan Sarawak 2027, khusus untuk memperkasa kebajikan dan ekonomi komuniti luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, isyarat positif yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung prestasi kewangan kukuh negeri itu telah meningkatkan harapan tinggi rakyat.

“Perkembangan ini memberi keyakinan bahawa lebih banyak inisiatif, projek berimpak tinggi serta manfaat secara terus dapat disalurkan kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya ketika dihubungi TMP, semalam.

Beliau menegaskan, fasa pembangunan luar bandar kini tidak lagi boleh terhad kepada pembinaan infrastruktur fizikal semata-mata, sebaliknya perlu memberi tumpuan agresif kepada usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

“Sambil meneruskan pelaburan prasarana asas mengikut PCDS 2030, fokus utama belanjawan kali ini mesti merangkumi pemerkasaan modal insan menerusi pendidikan dan belia, manakala sektor pertanian dan keusahawanan wajib diperkukuh kerana ia melibatkan ramai rakyat berpendapatan rendah,” jelas beliau.

Bagi kawasan DUN Tellian, Royston menuntut tumpuan berterusan diberikan kepada naik taraf jalan luar bandar, liputan air bersih, bekalan elektrik, capaian telekomunikasi serta penyelesaian konkrit bagi masalah banjir berulang menerusi sistem tebatan yang lebih mantap.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak agar Bahagian Mukah dijadikan hab pelancongan baharu menerusi projek-projek mega yang bakal mengubah landskap bandar Mukah secara drastik dengan memanfaatkan keunikan sejarah dan warisan budayanya.

“Saya berharap hasrat dan keyakinan terhadap kedudukan kewangan negeri yang kukuh ini diterjemahkan secara nyata dalam Belanjawan 2027 kelak agar tiada komuniti luar bandar yang terpinggir daripada arus kemajuan menjelang 2030,” tambah Royston.

Related Posts

Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

TAWAU – Penduduk di kawasan Pantai Timur Sabah menghargai pembentangan Belanjawan 2027 yang merangkumi pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat, meningkatkan kesejahteraan hidup serta merancakkan pembangunan di negeri ini. Belanjawan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

DATUK Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya menilai kejayaan kerajaan berdasarkan hasil yang dinikmati rakyat, bukannya sekadar pengumuman projek mega bernilai berbilion ringgit.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

  • By Fatin
  • October 12, 2026
Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

Sarawak peruntuk RM680 juta untuk SKAS, inflasi kekal rendah 0.7 peratus

Sarawak peruntuk RM680 juta untuk SKAS, inflasi kekal rendah 0.7 peratus