Belanjawan Sarawak 2027: RM21 juta perkasa pendidikan sekolah

KUCHING – Kerajaan negeri memperuntukkan RM21 juta menerusi Belanjawan Sarawak 2027 bagi memperkukuh akses pendidikan, meningkatkan kebajikan murid serta membantu meringankan beban kewangan ibu bapa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan itu melibatkan tiga inisiatif utama di bawah Teras Strategik Ketiga, iaitu Inisiatif 3.1 yang memberi tumpuan kepada akses pendidikan lebih baik.

“Pendidikan merupakan antara aspek penting dalam pembangunan modal insan bagi memastikan anak-anak Sarawak mendapat akses kepada peluang pembelajaran yang lebih baik,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2027 di DUN Sarawak, pada Isnin.

Daripada jumlah keseluruhan itu, katanya, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi meneruskan Program Bas Sekolah Percuma di bandar utama, termasuk Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Premier berkata, inisiatif itu bertujuan memudahkan urusan pengangkutan murid ke sekolah, selain membantu mengurangkan kos perjalanan harian keluarga.

“Sebanyak RM7 juta lagi disediakan bagi memperkukuh Program Dwi-Bahasa (Dual Language Programme – DLP) serta pelaksanaan Ujian Penilaian DLP Sarawak (UP-DLPS) bagi murid Tahun Enam, khususnya dalam meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,” tambahnya.

Sementara itu, Abang Johari memberitahu bahawa sebanyak RM4 juta turut diperuntukkan bagi Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah menerusi pemberian baucar bernilai RM200 kepada penerima yang layak untuk membantu pembelian kelengkapan persekolahan.

“Usaha ini diharap dapat memastikan faktor kewangan tidak menjadi penghalang kepada murid untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya,” jelas Abang Johari.

Ketiga-tiga inisiatif berkenaan mencerminkan tumpuan kerajaan negeri terhadap keperluan pendidikan di samping usaha menyediakan peluang pembelajaran yang lebih inklusif kepada generasi muda Sarawak.

Foto: UKAS

Related Posts

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM64.2 juta menerusi Belanjawan Sarawak 2027 bagi membantu pesakit buah pinggang dan warga emas daripada isi rumah berpendapatan rendah mendapatkan rawatan kesihatan. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.27 bilion pada 2027 bagi meneruskan projek jalan raya utama di negeri ini untuk memudahkan perjalanan penduduk serta menghubungkan kawasan luar bandar dengan pusat ekonomi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Telur emas perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

Telur emas perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama