‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

SANDAKAN – Program Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race dijangka diperluaskan ke daerah Kinabatangan pada tahun depan bagi mempromosikan keunikan ekopelancongan, alam semula jadi dan hidupan liar di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, cadangan itu dibincangkan bersama Tourism Malaysia susulan sambutan menggalakkan terhadap penganjuran Hunt & Explore Media Race 2026 di Sandakan.

“Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan kejayaan program ini dan sambutan yang diberikan oleh para peserta.

“Kita bersama-sama Tourism Malaysia bersetuju untuk mengadakan penganjuran lebih besar tahun depan, dengan cadangan melibatkan dua daerah iaitu Sandakan dan Kinabatangan,” ujarnya kepada media selepas perasmian Majlis Makan Malam Gala sempena VM2026 Hunt & Explore Media Race 2026 Sandakan di Dewan Tropicana, Elopura Hotel, di sini pada Sabtu.

Menurut Jafry, kedua-dua daerah itu mempunyai tarikan tersendiri, khususnya keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian hidupan liar yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.

“Kinabatangan turut dikenali dalam kalangan pelancong Eropah, manakala Sandakan mempunyai keunikan tersendiri yang boleh diketengahkan sebagai destinasi pelancongan pilihan di Sabah.

“Perancangan memperluaskan program ini akan dibincangkan lanjut bersama Tourism Malaysia bagi memastikan penganjuran tahun depan dapat dilaksanakan pada skala lebih besar.,” kongsinya.

Tambah Jafry, program berkenaan berjaya menarik kira-kira 121 peserta, termasuk golongan pempengaruh yang berperanan membantu mempromosikan destinasi pelancongan di daerah ini.

Tambahnya lagi, usaha berkenaan juga selari dengan persiapan menyambut Tahun Melawat Sabah 2027, sekali gus memperkukuh promosi destinasi pelancongan negeri itu kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Related Posts

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memaklumkan semua sekolah di negeri itu akan beroperasi seperti biasa esok. JPN Pahang dalam kenyataan hari ini berkata, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

GEORGE TOWN – Tindakan mempersenda ayat suci al-Quran tidak boleh dikompromi dan tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran dalam perbezaan pandangan politik. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

  • By Fandi
  • October 11, 2026
‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok