PMK jadi medan rakyat kenali manfaat Belanjawan 2027

TANGGA BATU – Program MADANI Kita (PMK) akan dijadikan pentas buat kerajaan menerangkan manfaat Belanjawan 2027 kepada rakyat menerusi penganjuran program itu di seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pendekatan itu akan melengkapi usaha hebahan dilaksanakan Kementerian Kewangan bagi memastikan rakyat mendapat maklumat mengenai pelbagai inisiatif yang disediakan menerusi belanjawan berkenaan.

“Saya telah minta supaya Unit Pantau Madani menerapkan beberapa maklumat daripada Kementerian Kewangan berkait Belanjawan 2027  yang dapat kita peragakan di program seperti ini di seluruh negara.

“Selain daripada ikhtiar oleh Kementerian Kewangan itu sendiri. Ini supaya beberapa manfaat yang telah diumumkan Perdana Menteri akan dapat dilihat dan dikenali oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program MADANI Kita (PMK) Paya Rumput@Tangga Batu di Krubong, pada Sabtu.

Turut hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pihaknya dimaklumkan kira-kira 30 lagi program seumpama itu akan dianjurkan di seluruh negara.

“Perkara itu sekali gus membuka ruang untuk maklumat Belanjawan 2027 disampaikan kepada masyarakat di pelbagai lokasi,” katanya

Related Posts

Wanita PKR sambut baik Belanjawan 2027, pastikan sampai kepada rakyat

KUALA LUMPUR — Naib Ketua Wanita PKR, Rozana Zainal Abidin menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya mengimbangi agenda pertumbuhan ekonomi dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mustapha sedia berdialog dengan kumpulan ‘Government in Exile’

Winsamir KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan terbuka mengadakan perbincangan dengan kumpulan yang mendakwa sebagai kerajaan dalam buangan ‘Government in Exile’ bagi menjelaskan isu berbangkit, termasuk pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR sambut baik Belanjawan 2027, pastikan sampai kepada rakyat

Wanita PKR sambut baik Belanjawan 2027, pastikan sampai kepada rakyat

Mustapha sedia berdialog dengan kumpulan ‘Government in Exile’

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Mustapha sedia berdialog dengan kumpulan ‘Government in Exile’

Projek impak tinggi bukti Persekutuan tak pinggir Kelantan

Projek impak tinggi bukti Persekutuan tak pinggir Kelantan

MCMC siasat individu disyaki persenda ayat al-Quran

MCMC siasat individu disyaki persenda ayat al-Quran

Ekonomi gig buka laluan baharu kepada belia Sabah

Ekonomi gig buka laluan baharu kepada belia Sabah

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan