PDRM manfaat Belanjawan 2027, fokus aset dan jenayah digital

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengoptimumkan penggunaan peruntukan Belanjawan MADANI 2027 bagi memperkukuh kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan penguatkuasaan serta menangani ancaman jenayah digital yang semakin kompleks.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM menghargai peruntukan RM22 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), termasuk RM7.1 bilion bagi pembelian dan penyelenggaraan aset pasukan keselamatan.

“PDRM turut mengalu-alukan peruntukan RM1.1 bilion bagi memperhebat keupayaan operasi badan penguat kuasa dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, pembinaan Kompleks Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras serta tiga balai polis baharu di Melaka, Perak dan Sarawak dijangka memperkukuh infrastruktur serta keupayaan operasi pasukan.

Dalam menangani jenayah digital, Mohd Khalid turut menyambut baik pembangunan aplikasi kecerdasan buatan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dan pemerkasaan sistem Malaysia Internet Crime Against Children oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) PDRM.

Dalam aspek kebajikan, Mohd Khalid menghargai peningkatan peruntukan RM2.3 bilion bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters penjawat awam yang diyakini dapat meningkatkan kesejahteraan serta motivasi warga pasukan.

Beliau turut menyambut baik pelbagai inisiatif kebajikan penjawat awam dan pesara, termasuk Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam dan RM750 kepada pesara.

Inisiatif lain termasuk penambahbaikan faedah Ex-Gratia Waris Pukal serta peningkatan kadar pencen terendah kepada RM1,350 sebulan.

Selain itu, beliau menghargai inisiatif kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada 12,000 pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, selain penambahbaikan berkaitan cuti bersalin serta peningkatan kadar elaun sukarelawan polis.

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah