ECRL lonjak perkembangan ekonomi Pahang

KUANTAN – Pahang mendapat perhatian dalam Belanjawan 2027 apabila Kerajaan Persekutuan menyatakan komitmen menyokong pembangunan berimpak tinggi di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), termasuk pembangunan sektor industri berat di Bentong.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, petang semalam.

Menurut beliau, sokongan tersebut bertujuan mengoptimumkan potensi ECRL sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan strategik Pahang.

Pengumuman itu memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi di sepanjang jajaran rel, bukan sekadar penyediaan perkhidmatan pengangkutan penumpang dan kargo.

Sebelum ini, Kerajaan Pahang menggariskan perancangan pembangunan berorientasikan transit melibatkan tujuh stesen ECRL di negeri ini, iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Paya Besar, KotaSAS, Kuantan Port City dan Cherating.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Ogos 2025 dilaporkan berkata, kawasan berhampiran stesen ECRL dirancang mengikut potensi ekonomi setempat, termasuk perindustrian, logistik, pelancongan dan pembangunan komersial.

Antaranya, kawasan perindustrian Bentong seluas 438 ekar yang dirancang secara berfasa bagi memanfaatkan jaringan pengangkutan ECRL.

Dengan sokongan Kerajaan Persekutuan seperti diumumkan menerusi Belanjawan 2027, pembangunan industri sepanjang jajaran berkenaan berpotensi mendapat manfaat hasil pelarasan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri.

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah