RM240 juta disediakan untuk Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM240 juta bagi persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran temasya sukan serantau itu diharap dapat meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Temasya gemilang ini harus dimanfaat untuk mengangkat wibawa negara dan membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, sebanyak RM460 juta diperuntukkan bagi pembangunan sukan negara, termasuk program sukan berprestasi tinggi, inisiatif Road to Gold, program atlet para dan atlet pekak serta penyelenggaraan fasiliti sukan di seluruh negara.

Beliau menambah peruntukan aktiviti sukan murid sekolah juga ditingkatkan sebanyak 50 peratus kepada RM27 juta, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 4.6 juta murid di 10,000 sekolah seluruh negara.

Dalam pada itu, kerajaan turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada kontinjen Malaysia yang meraih sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa pada Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah