RM204 juta bagi Sistem Statcom, Southern Link diteruskan di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan memperuntukkan RM204 juta bagi pemasangan Sistem Statcom di dua pencawang utama di Sabah, selain meneruskan projek Talian Penghantaran Southern Link bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemasangan sistem itu akan dilaksanakan di Pencawang Masuk Utama Dam Road dan Segaliud.

“Kerajaan bersetuju melaksanakan pemasangan Sistem Statcom di Pencawang Masuk Utama Dam Road dan Segaliud dengan kos 204 juta ringgit.

“Sementara itu, projek Talian Penghantaran Southern Link diteruskan sebagai ikhtiar jangka panjang kelangsungan bekalan elektrik di Sabah,” ujarnya semasa membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, selain pelaksanaan kedua-dua projek berkenaan, Kerajaan Persekutuan masih menyediakan RM600 juta bagi menjamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah.

Kongsinya, sokongan kewangan itu diteruskan walaupun kuasa kawal selia elektrik sudah diserahkan kepada kerajaan negeri.

Tambahnya, penyerahan kuasa kawal selia berkenaan merupakan antara perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sudah dimuktamadkan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Belanjawan MADANI 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” dibentangkan berteraskan lapan lunas utama, termasuk mengutamakan pembangunan semua negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Kerajaan tanggung caruman Perkeso 40,000 imam, bilal, guru takmir

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir menerusi Tabung Haji. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam terima bantuan khas RM1,500, pesara RM750

KUALA LUMPUR – Bagi mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan khas kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam gred utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak