Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis diberi tumpuan

KANGAR – Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis serta penaiktarafan Kompleks Usahawan Tempatan Kuala Perlis antara inisiatif khusus negeri ini yang diumumkan menerusi Belanjawan MADANI 2027.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan infrastruktur di Kawasan Pembangunan Lembah Chuping serta NCER Agribio Economic Zone akan diteruskan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Beliau berkata, Pelabuhan Darat Perlis turut dilengkapi mesin pengimbas bagi melancarkan urusan perdagangan selain memperkukuh aspek keselamatan sempadan.

Kerajaan turut mengumumkan penaiktarafan Kompleks Usahawan Tempatan Kuala Perlis oleh Perbadanan Kemajuan Negeri sebagai sebahagian usaha meningkatkan kemudahan perniagaan kepada usahawan tempatan.

Pengumuman itu dibuat ketika Anwar membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain pembangunan khusus tersebut, rakyat Perlis turut mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif nasional terutama membabitkan sektor pertanian, perikanan, pendidikan dan bantuan kos sara hidup.

Bagi sektor pertanian, kerajaan menyediakan RM2.62 bilion untuk bantuan pesawah di seluruh negara dengan nilai manfaat dianggarkan sekitar RM4,300 bagi setiap hektar sawah, merangkumi subsidi benih, baja, racun, upah membajak dan harga padi.

Insentif penuaian padi turut dinaikkan daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim, manakala insentif pembajakan dikekalkan pada kadar RM300.

Bagi sektor perikanan pula, jumlah pemegang lesen sampan khas akan ditingkatkan daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan di seluruh negara, selain meneruskan diesel bersubsidi pada harga RM1.65 seliter kepada nelayan yang layak.

Kerajaan turut menyediakan RM178 juta bagi pelbagai insentif nelayan termasuk bantuan hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan.

Dalam sektor pendidikan, Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid yang layak, sekali gus membantu meringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan 2027.

Bagi menangani kos sara hidup, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada RM16 bilion dengan penerima STR bakal menikmati SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.

Individu berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR pula akan menerima SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali, masing-masing sebelum Aidilfitri dan menjelang sambutan 70 tahun kemerdekaan negara.

Kerajaan juga meningkatkan peruntukan Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI kepada RM750 juta dengan sasaran 35,000 penganjuran di seluruh negara, termasuk program Jualan Rahmah yang melibatkan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

  • Related Posts

    UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

    ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

    SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

    UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

    Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

    • By Fandi
    • October 10, 2026
    Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

    CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

    • By Fatin
    • October 10, 2026
    Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

    20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

    20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

    Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

    • By Fandi
    • October 10, 2026
    Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam