Insentif guru pendidikan khas naik RM300 sebulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menaikkan Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas daripada RM250 kepada RM300 sebulan bagi memanfaatkan 20,000 guru pendidikan khas di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut memperkukuh sokongan pendidikan awal kepada kanak-kanak autistik menerusi pembinaan dua Pusat PERMATA Kurnia di Melaka dan Pahang.

Beliau berkata, lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa baharu juga akan dibuka di kawasan desa seluruh negara bagi membolehkan kanak-kanak autistik daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat bimbingan awal yang lebih berkesan.

Selain itu, sebanyak 15 premis Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) akan dinaik taraf kepada Pusat Terapi Khusus bagi memanfaatkan 20,000 orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down berdaftar.

Kerajaan turut menyasarkan untuk melatih 3,000 penjaga OKU baharu dengan kemahiran khusus bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan OKU di seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Posts

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

TANGGA BATU – Pihak berkuasa sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

PUTRAJAYA – Kerjasama pendidikan Malaysia dan Mesir perlu diperluas melangkaui pengajian Islam dengan merangkumi bidang kejuruteraan, perubatan, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI). Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir