Duti hiburan di Stadium Merdeka, Stadium Negara dikecualikan

KUALA LUMPUR – Demi menghargai warisan negara, kerajaan bersetuju memberi pengecualian duti hiburan bagi pelbagai aktiviti kesenian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi menghidupkan semula warisan negara seperti pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad dan warisan sekitar yang telah menarik setengah juta pengunjung tempatan dan asing.

“Kuala Lumpur tidak hidup pada gahnya pencakar langit. Jiwa ibu terletak pada gerai dan warung yang selesa dan selamat, kediaman rakyat yang manusiawi serta warisan kota yang bernyawa sebagai pentas budaya yang menarik pengunjung.

“Tumpuan seterusnya adalah untuk memulihara Menara Dayabumi, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat KTMB (Keretapi Melayu Berhad).

“Penghargaan juga kepada PNB (Permodalan Nasional Berhad) yang memulihara Stadium Merdeka, dan seterusnya Stadium Negara.

“Bagi menghidup semula warisan negara, duti hiburan dikecualikan bagi aktiviti kesenian, kebudayaan, hiburan serta sukan yang diadakan di kedua-dua stadium ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

  • Related Posts

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    TANGGA BATU – Pihak berkuasa sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    PUTRAJAYA – Kerjasama pendidikan Malaysia dan Mesir perlu diperluas melangkaui pengajian Islam dengan merangkumi bidang kejuruteraan, perubatan, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI). Perdana Menteri, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

    Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

    Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

    Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

    Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

    Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

    Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

    Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir