Komuniti Angkat MADANI terima RM50 juta, RM80 juta untuk selenggara rumah ibadat bukan Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta bagi pelaksanaan inisiatif Komuniti Angkat MADANI pada 2027 dengan memberi tumpuan kepada usaha membantu komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan diterajui pengurusan tertinggi kementerian dan agensi kerajaan dengan penglibatan universiti serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyediakan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan penduduk.

“Antara langkah yang dirancang termasuk penyediaan dapur bersama, peralatan perniagaan serta latihan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup komuniti PPR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, peruntukan bagi pembaikan prasarana Kampung Baru Cina turut ditingkatkan kepada lebih RM100 juta, termasuk bagi kerja membaik pulih dan membina semula kemudahan yang uzur.

“Kerajaan juga meningkatkan peruntukan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar kepada RM80 juta bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat diselenggara dengan lebih baik.

“Sementara itu, Yayasan GLIC-GLC akan menyediakan geran padanan berjumlah RM100 juta, antaranya bagi memperkasa ekosistem penjagaan kanak-kanak serta menyediakan latihan kepada 6,000 pengasuh,” katanya.

Program latihan itu akan dilaksanakan di lebih 50 kawasan baharu di sembilan negeri.

Keseluruhan inisiatif berkenaan mencerminkan usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui pembangunan kemahiran, peningkatan peluang pendapatan, penambahbaikan prasarana serta pengukuhan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

Related Posts

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

TANGGA BATU – Pihak berkuasa sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

PUTRAJAYA – Kerjasama pendidikan Malaysia dan Mesir perlu diperluas melangkaui pengajian Islam dengan merangkumi bidang kejuruteraan, perubatan, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI). Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir