Penerima STR, pasangan berusia 40 tahun ke atas nikmati saringan kesihatan percuma

KUALA LUMPUR – Dana Tabung Bantuan Perubatan akan ditingkatkan kepada RM60 juta, ketimbang RM40 juta.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas ditawar saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan dan insentif rawatan kanser melalui PeKa B40 dengan peruntukan RM80 juta.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, saringan talasemia percuma diperluas kepada suami dan anak pembawa bagi mengurangkan risiko kelahiran bayi talasemia major. 

“Sejak diperkenalkan, MySalam memanfaatkan 1.6 juta rakyat dengan jumlah tuntutan 1.3 bilion ringgit. Skim MySalam diteruskan tahun 2027. 

“Program BuAi menawarkan rawatan kesuburan mampu milik kepada 2,000 pasangan dan perkhidmatan kesejahteraan lelaki kepada 42 ribu individu,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan rakyat, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, ketelusan kos rawatan swasta ditingkatkan, di mana rekod perubatan elektronik diperluas berasaskan prinsip satu individu satu rekod. 

“Mulai 2027, bil hospital swasta menggunakan kategori caj yang seragam dan telus supaya pesakit memahami setiap bayaran dan herotan harga dapat dikurangkan. 

“Portal e-CKAPS turut dibangunkan bagi membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dibuat,” katanya.

  • Related Posts

    Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan

    KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih 400,000…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion

    KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempergiat usaha mempersiapkan negara menghadapi status negara tua menerusi penggubalan Rang Undang-Undang Warga Emas, penambahbaikan kos penjagaan serta peningkatan bantuan kepada golongan berkenaan. Perdana Menteri,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan

    Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan

    Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion

    Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion

    Kerajaan sedia tanah strategik bernilai RM1 bilion perkasa ekonomi Bumiputera

    Kerajaan sedia tanah strategik bernilai RM1 bilion perkasa ekonomi Bumiputera

    RM1.2 bilion selenggara, baik pulih hospital dan klinik awam

    RM1.2 bilion selenggara, baik pulih hospital dan klinik awam

    Ambang bankrap dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027

    Ambang bankrap dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027

    Komuniti Angkat MADANI terima RM50 juta, RM80 juta untuk selenggara rumah ibadat bukan Islam

    Komuniti Angkat MADANI terima RM50 juta, RM80 juta untuk selenggara rumah ibadat bukan Islam