Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MIRI – Ruang bandar yang kurang dimanfaatkan boleh diberikan fungsi baharu bagi mewujudkan kawasan komuniti lebih aktif serta menggalakkan kegiatan sukan, rekreasi dan interaksi sosial.

Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, Pickle Pad merupakan antara contoh bagaimana ruang sedia ada boleh dirancang semula untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Menurutnya, kawasan berkenaan kini dimanfaatkan sebagai gelanggang pickleball selain menjadi ruang untuk masyarakat berkumpul, beriadah dan meluangkan masa bersama.

“Ini adalah antara gambaran Miri yang kita mahu lihat, iaitu sebuah bandar yang boleh didiami dengan selesa, aktif dan berorientasikan masyarakat.

“Kerajaan dan sektor swasta masing-masing mempunyai peranan dan melalui kerjasama, ruang sedia ada boleh diubah menjadi kawasan yang benar-benar digunakan dan disukai masyarakat,” katanya.

Adam berkata, penyediaan ruang komuniti tidak semestinya bergantung kepada pembinaan kemudahan baharu, sebaliknya ruang sedia ada boleh diberikan fungsi baharu berdasarkan keperluan masyarakat.

Pendekatan itu, katanya, dapat mengoptimumkan penggunaan ruang bandar selain menyokong gaya hidup aktif dan menyediakan lebih banyak ruang untuk interaksi komuniti.

“Kadangkala, mewujudkan ruang komuniti yang lebih baik bukan mengenai membina sesuatu yang baharu, tetapi memberikan tujuan baharu kepada ruang yang sudah ada,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama antara sektor awam dengan swasta juga penting dalam memastikan ruang bandar yang kurang digunakan dapat dimanfaatkan secara lebih berkesan untuk keperluan masyarakat.

Pendekatan berorientasikan komuniti itu selari dengan beberapa usaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang memberi penekanan kepada pembangunan bandar mampan dan peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Related Posts

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji