GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa tawar-menawar Sabah di peringkat Persekutuan.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan simulasi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, GRS secara teorinya berpotensi memenangi antara 14 hingga 15 kerusi Parlimen di Sabah.

Menurut Armizan, sasaran gabungan itu adalah untuk memperoleh jumlah kerusi yang lebih besar, terutama selepas mengambil kira perkembangan semasa termasuk kemasukan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) ke dalam GRS.

“Kalau kita lihat dari segi kiraan simulasi, tidak termasuk dengan adanya UPKO sekarang, berdasarkan kiraan undi simulasi DUN yang lepas, GRS on paper boleh menang dalam 14 hingga 15 kerusi Parlimen.

“Tetapi kita mahu lebih daripada itu sebab kita mahu ada suara Sabah, solidariti Sabah, suara Sabah itu melalui GRS dengan jumlah kerusi yang jauh lebih besar.

“GRS kini mempunyai tujuh Ahli Parlimen selepas kemasukan UPKO dan akan memberi tumpuan untuk mengekalkan sokongan di kawasan yang telah dimenangi, selain meningkatkan sokongan di kawasan yang mempunyai potensi untuk dimenangi,” tegasnya selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS di sini, pada hari Selasa

Dalam pada itu, gerak kerja menghadapi PRU akan datang akan dilaksanakan secara lebih strategik dan berfokus bagi memastikan GRS mempunyai suara serta kuasa tawar-menawar yang lebih kuat dalam membawa kepentingan Sabah di Parlimen.

Tambah Armizan, pemilihan calon turut menjadi antara perkara penting yang akan diberi perhatian, dengan faktor kebolehmenangan calon atau winnable candidate diambil kira selain potensi sesuatu kerusi.

“Sudah pastinya bahawa bukan hanya kerusi yang berpotensi untuk menang tetapi paling penting juga lesson learned daripada PRN yang lepas, winnable candidate juga cukup penting.

“Jadi itu antara pertimbangan yang dilihat dalam perbincangan kita.

“GRS turut perlu meneliti mesej yang disampaikan rakyat Sabah menerusi keputusan PRN lalu, selain mengambil kira keperluan mengekalkan kestabilan kerajaan negeri dalam menentukan pendekatan menghadapi PRU akan datang,”ujarnya.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fasa peralihan monsun bermula, jerebu dijangka beransur pulih dan bawa hujan lebat
  • AdenAden
  • October 6, 2026

KUALA LUMPUR – Masalah jerebu yang melanda negara ketika ini dijangka akan berkurangan berikutan pergerakan perubahan angin dalam fasa peralihan monsun yang bermula 9 Oktober ini. Ketua Pengarah Jabatan Meterologi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills