
SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur.
“Pusat gempa terletak kira-kira 48 kilometer (km) timur Lahad Datu dengan kedalaman 10 km.
“Gegaran dirasai di sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia akan terus memantau keadaan berkenaan.
Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan melalui pautan https://forms.gle/fMioquNhRNQGCbZVA.




