Rakyat Sarawak mahu Belanjawan 2027 tangani tekanan hidup, perkukuh perlindungan sosial

KUCHING – Tekanan kos sara hidup, kebajikan warga emas, peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan adalah antara perkara utama yang diharapkan rakyat mendapat perhatian khusus dalam Belanjawan 2027 yang dijadualkan dibentang pada 9 Oktober ini.

Harapan itu selari dengan bidang tumpuan Belanjawan 2027 yang sedang diperhalusi kerajaan, termasuk usaha meringankan beban sara hidup, meningkatkan pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan memperkukuh perlindungan sosial.

Bagi pesara, Sajali Mohamad, 74, perhatian terhadap warga emas perlu melangkaui sekadar pemberian bantuan kewangan, sebaliknya golongan itu wajar dilihat sebagai aset yang masih mampu menyumbang kepada masyarakat.

Beliau berharap elaun dan bantuan kepada warga emas ditambah baik, khususnya bagi mereka yang tinggal bersendirian, berpendapatan rendah atau tidak mempunyai pencen.

Sajali turut mahu akses perkhidmatan kesihatan warga emas diperkukuh menerusi lebih banyak program saringan kesihatan, penjagaan di rumah, fisioterapi serta perkhidmatan geriatrik yang mudah dicapai.

“Penjagaan warga emas berasaskan komuniti juga perlu diperluaskan seiring dengan peningkatan keperluan terhadap penjagaan jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, responden belia, Akifi Hanee Rajali, 29, berharap pihak kerajaan dapat memberi lebih perhatian kepada usaha menjana pendapatan negara selain menangani kenaikan harga barangan asas.

Menurutnya, peningkatan pendapatan rakyat perlu bergerak seiring dengan kos sara hidup supaya kenaikan gaji tidak terhakis akibat masalah rantaian harga keperluan harian.

Beliau turut berpandangan bahawa pengelasan kumpulan pendapatan isi rumah wajar dikaji semula dengan mengambil kira bukan sahaja jumlah pendapatan, tetapi juga saiz keluarga dan beban perbelanjaan yang ditanggung.

“Sektor pertanian serta bidang profesional juga wajar terus diperkasa bagi meningkatkan produktiviti dan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat,” jelasnya sambil memberi pendapat dan harapan sebagai golongan belia untuk Bajet 2027 kali ini.

Seorang lagi responden, pengawal keselamatan, Mohamad Safuani Samsudin, 36, menaruh harapan agar bantuan bersasar kepada golongan B40 ditingkatkan, di samping merancakkan penyediaan peluang pekerjaan dan mengawal kestabilan harga barang.

“Saya berharap Bajet 2027 kali ini dapat membantu meringankan beban golongan B40 seperti saya terutama harga barang yang semakin hari semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan The Malaysia Press (TMP).

Secara keseluruhannya, tumpuan yang dibangkitkan rakyat itu senada dengan kerangka rasmi Belanjawan 2027 yang merangkumi usaha menangani beban kos sara hidup, pertumbuhan peluang pekerjaan, perlindungan sosial, kesihatan serta keterjaminan makanan.

Belanjawan 2027 dijadualkan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 9 Oktober ini.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun