Kemudahan mesin ATM Affin Bank, Agropark, naik taraf sekolah diperlukan di Mukah

MUKAH – Mewakili suara rakyat di Bahagian Mukah, kepimpinan tempatan melahirkan beberapa aspirasi penting kepada Kerajaan Sarawak demi merancakkan lagi potensi ekonomi dan kemudahan komuniti di kawasan pesisir berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, antara keperluan mendesak warga setempat termasuk kemudahan perbankan asas yang lebih meluas untuk kemudahan penduduk bandar dan luar bandar.

“Mewakili 14 wakil rakyat dan 360 kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Mukah, kami berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan penambahan kemudahan perbankan, khususnya penyediaan mesin ATM Affin Bank di kawasan strategik.

“Langkah ini amat penting bagi memudahkan urusan harian masyarakat, terutama mereka yang tinggal agak jauh dari pusat bandar,” katanya.

Beliau menyampaikan hasrat berkenaan ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 di Bandar Mukah pada Jumaat.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain kemudahan bank, Abdullah turut menyuarakan cadangan penubuhan Agropark serta penyediaan peruntukan khas bagi memperkasakan sektor pertanian dan perikanan yang menjadi kebitaraan utama penduduk Mukah.

“Mukah menyimpan potensi besar dalam sektor agro dan perikanan. Dengan perancangan tersusun dan sokongan kerajaan, sektor ini mampu menjadi pemangkin ekonomi belia setempat.

“Pada masa sama, kami berharap usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif serta pembinaan kemudahan sukan dan riadah dapat dipercepatkan demi masa depan anak-anak kita,” katanya lagi.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun