Jangan jadikan kedukaan Tun M bahan kandungan, pengguna media sosial perlu jaga adab – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta menghormati ruang peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya yang masih dalam suasana berduka susulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keadaan itu perlu diberi perhatian supaya perkembangan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan tidak dijadikan bahan kandungan secara berlebihan di media sosial.

Katanya, meskipun ramai ingin mengetahui perkembangan terkini termasuk keadaan kesihatan Dr Mahathir, tidak semua perkara perlu dijadikan bahan berita atau kandungan media sosial.

“Kita faham ramai yang nak tahu perkembangan terkini termasuk keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir. Tapi sebenarnya tak semua benda perlu dikejar, lebih-lebih lagi untuk buat berita atau content.

“Teknologi boleh berubah, kita boleh berbeza pandangan tetapi janganlah guna media sosial sampai kita hilang adab, moral dan sifat kemanusiaan,” katanya menerusi hantaran di X, malam tadi.

Sehubungan itu, Fahmi menggesa semua pihak memberikan ruang dan masa kepada Dr Mahathir serta keluarganya untuk melalui tempoh berduka berkenaan.

Beliau berkata, anak bekas Perdana Menteri itu, Datuk Seri Mukhriz, sebelum ini turut meminta supaya ruang dan privasi diberikan kepada ahli keluarganya yang sedang berduka.

Dalam pada itu, Fahmi mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan kandungan berbentuk spekulasi, kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang tidak sensitif atau sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya.

“Kalau kita terjumpa kandungan yang mengaibkan, yang menggunakan AI yang tak sensitif atau sampai mendoakan benda-benda yang bukan-bukan, jangan kongsi, komen dekat post, jangan bagi views.

“Kalau nampak content macam ini, terus lapor kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau polis,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun