Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri serta memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.

Beliau memberi jaminan berkenaan sambil memberi komitmen tegas bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan menaikkan tarif elektrik di negeri itu selagi beliau masih memegang jawatan Premier.

“Segala butiran terperinci mengenai kedudukan pendapatan dan hala tuju kewangan negeri akan saya umumkan secara rasmi semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak nanti.

“Apa yang pasti, ketika negeri-negeri lain berdepan kenaikan tarif elektrik, Sarawak kekal dengan pendirian untuk tidak menaikkan kadar berkenaan demi meringankan beban rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah di Dataran Pehin Setia Raja, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai prospek Belanjawan 2027, Abang Johari memberi gambaran bahawa hala tuju ekonomi Sarawak dirancang secara holistik demi menjamin masa depan generasi akan datang.

“Rakyat tidak perlu bimbang mengenai masa depan ekonomi Sarawak. Kita berada di landasan yang tepat dan saya amat yakin dengan hala tuju pembangunan yang sedang kita pacu.

“Oleh itu, saya menyeru rakyat supaya terus mengekalkan perpaduan, memberi fokus kepada dasar-dasar yang membawa manfaat serta tidak terikut-ikut dengan perselisihan politik luar,” tegas beliau.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun