‘Beringat-ingatlah UMNO’ – Tun Faisal sindir kesediaan Pas guna logo BN

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tampil menyindir kesediaan Pas menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam reaksi ringkasnya, Tun Faisal berkata, beliau tidak hairan dengan perkembangan berkenaan sambil mengingatkan UMNO supaya berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan Pas.

“Guna logo BN pun boleh. Dulu masa Bersatu ada kuasa, duit, macam itu juga sikapnya.

“Beringat-ingatlah Umno,” katanya.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberitahu, partinya bersedia menggunakan sama ada lambang sendiri atau logo BN jika kedua-dua parti mencapai persetujuan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka.

Perkembangan itu sekali gus memperlihatkan perubahan landskap kerjasama politik Pas selepas hubungannya dengan Bersatu semakin renggang sejak beberapa bulan lalu.

Malah, sebelum ini Tun Faisal pernah mengkritik kepimpinan Pas dalam Perikatan Nasional (PN), termasuk mendakwa parti berkenaan gagal menguruskan gabungan secara adil serta mengabaikan semangat kerjasama antara parti komponen.

Pada Jun lalu, Tun Faisal juga pernah mencadangkan supaya Pas membentuk gabungan baharu atau menggunakan jenama dan logonya sendiri jika tidak lagi sehaluan dengan Bersatu dalam PN.

Sementara itu, rundingan antara Pas dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka dilaporkan semakin maju, dengan pembahagian kerusi antara kedua-dua pihak dikatakan sudah mencapai kira-kira 90 peratus.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, soal penggunaan lambang BN oleh Pas akan dibincangkan bersama kepimpinan gabungan berkenaan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

PRN Melaka ke-16 bakal diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadualkan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober ini untuk menetapkan tarikh rasmi bagi hari penamaan calon dan hari pengundian bagi PRN Melaka.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun