89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 70 111 114 117 109 32 69 107 111 110 111 109 105 32 66 101 108 105 97 32 50 48 50 54 32 100 105 32 80 117 115 97 116 32 75 111 110 118 101 110 115 121 101 110 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 44 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 46 32 51 32 79 107 116 111 98 101 114 32 50 48 50 54 46 32 73 90 90 85 68
KUALA LUMPUR – Kebajikan mahasiswa, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah, akan diberi perhatian dalam Belanjawan 2027, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kerajaan mendengar keluhan dan permintaan golongan belia, terutama berkaitan kos pendidikan serta keperluan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.
Katanya, perkara berkenaan perlu diberi perhatian bagi memastikan mahasiswa dapat meneruskan pengajian dalam keadaan lebih baik tanpa terlalu dibebani kekangan kewangan.
“Ada mahasiswa yang berkata, ‘Kami mahu belajar, tetapi kami lapar.’ Kami memberi tumpuan kepada perkara itu. Saya akan mengumumkannya semasa pembentangan Belanjawan nanti.
“Terdapat mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan yang tidak mampu menanggung kos pengajian dan terpaksa berhutang.
“Ini semua perkara yang perlu kita dengar dan tangani,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi Belia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Anwar berkata, kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan golongan muda dalam merangka dasar dan pendekatan yang dapat membantu mereka membina masa depan.
Beliau berkata, perhatian terhadap kebajikan mahasiswa juga penting bagi memastikan golongan berkenaan dapat memberi tumpuan kepada pendidikan dan pembangunan potensi diri.
Katanya, perincian langkah berkaitan perkara itu akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2027.



