Keperluan penduduk asas pembangunan infrastruktur di Sarikei

SARIKEI – Keperluan sebenar penduduk perlu dijadikan asas utama dalam merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur di Sarikei bagi memastikan setiap kemudahan yang disediakan memberi manfaat langsung kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, pendekatan berasaskan keperluan setempat amat penting bagi memastikan kelancaran pembangunan dilaksanakan secara teratur dan menepati realiti di lapangan.

Menurut Ahli Parlimen Sarikei itu, pembangunan tidak hanya bergantung kepada kelulusan pelaksanaan projek semata-mata, sebaliknya menuntut perancangan teliti yang mengambil kira keutamaan penduduk serta penglibatan agensi yang berkaitan.

“Setiap jabatan dan agensi mempunyai bidang kuasa serta peranan masing-masing. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting supaya keperluan masyarakat dapat dikenal pasti dan tindakan susulan diselaraskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2026 di Dewan Sentral Sarikei, pada Khamis.

Katanya, antara aspek yang terus diberi perhatian di kawasan tersebut ialah keadaan jalan raya, jambatan, sistem perparitan dan kemudahan asas lain yang berkait rapat dengan mobiliti serta kehidupan harian penduduk.

Dalam hal itu, Tiong Sii  menegaskan bahawa kerjasama strategik antara wakil rakyat dengan Majlis Daerah Sarikei (MDS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) serta agensi lain adalah kritikal bagi memastikan setiap aduan diteliti mengikut ruang lingkup yang tepat.

Beliau turut memberi jaminan bahawa usaha mendapatkan sokongan serta peruntukan pembangunan akan diteruskan menerusi pelbagai saluran, termasuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan mengutamakan projek-projek mendesak.

Jelasnya, pendekatan tersebut adalah selari dengan pelaksanaan beberapa projek RTP 2026 di Sarikei pada masa ini yang merangkumi kerja menaik taraf jalan serta sistem perparitan bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan komuniti setempat.

Foto: FB Dato Sri Huang Tiong Sii

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun