Ketepikan perbezaan, fokus bantu keluarga mangsa ribut – Hong Seng

KUCHING – Semua pihak diseru agar mengetepikan sebarang perbezaan pandangan mahupun sentimen politik, sebaliknya memberikan tumpuan penuh kepada usaha membantu keluarga yang terjejas akibat insiden angin kencang baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, tumpuan sewajarnya kini adalah untuk memastikan kelancaran penyaluran bantuan kepada mangsa, termasuk 75 permohonan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang kini sedang diproses.

Beliau menjelaskan, 75 permohonan itu membabitkan peruntukan bencana berjumlah RM107,000 daripada dana rasmi kerajaan Sarawak, manakala MBKS secara berasingan turut menyediakan sumbangan tambahan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga terjejas menerusi Program MBKS Caring.

Pencerahan itu, tegasnya, dibuat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berhubung sumber dana bantuan yang disalurkan kepada rakyat.

“Bantuan bencana kerajaan Sarawak, sumbangan di bawah Program MBKS Caring dan bantuan yang disediakan oleh wakil rakyat datang daripada sumber serta mekanisme yang berbeza.

“Oleh itu, ia tidak seharusnya dikelirukan. MBKS tidak pernah mendakwa bahawa RM107,000 bantuan bencana itu berasal daripada dana majlis,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan MBKS Kepada Mangsa Terjejas di Council Chamber, MBKS, pada Jumaat.

Mengulas mengenai proses tuntutan, beliau menegaskan, keperluan mangsa melengkapkan dokumen seperti laporan polis dan pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan langkah akauntabiliti bagi membolehkan dana awam disalurkan secara telus.

Tegasnya, prosedur pengesahan identiti, alamat, bukti kerosakan serta maklumat akaun bank itu sama sekali tidak bertujuan membebankan rakyat dengan kerenah birokrasi.

“Peranan utama MBKS adalah untuk mengenal pasti penduduk terjejas, membantu penyediaan dokumen, dan memudah cara penghantaran permohonan sebelum pihak JKM menjalankan pengesahan serta memproses kelulusan,” katanya.

Usaha tersebut digerakkan secara proaktif susulan kejadian angin kencang yang melanda kawasan Kuching Selatan pada penghujung Ogos lalu, yang menyaksikan barisan ahli majlis, ketua masyarakat dan pegawai MBKS turun padang bagi mendaftarkan mangsa.

Hong Seng turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, JKM, wakil rakyat serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berganding bahu dalam misi kebajikan tersebut.

Beliau menaruh harapan agar segala bentuk bantuan kewangan yang disalurkan itu mampu meringankan beban keluarga terlibat untuk membaiki kediaman dan kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun