PM arah teliti kenaikan gaji minimum lebih menyeluruh – Fahmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya beberapa aspek berkaitan cadangan kenaikan gaji minimum diteliti dengan lebih menyeluruh sebelum sebarang pengumuman dibuat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, termasuk tempoh pelaksanaan, kumpulan pekerja dan sektor yang terbabit.

Katanya, penelitian berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan kenaikan gaji minimum mengambil kira kesesuaian dari segi tempoh, kumpulan pekerja serta sektor berkaitan.

“Perdana Menteri minta supaya ada beberapa aspek dikaji dengan lebih teliti dan sekiranya ada apa-apa pengumuman, sudah pasti tarikh yang mungkin akan ada apa-apa pengumuman adalah sewaktu pembentangan Belanjawan (2027) pada 9 Oktober nanti.

“Pada mesyuarat hari ini, Perdana Menteri minta supaya diteliti beberapa aspek. Kita tidak mahu dalam pelaksanaannya nanti, sama ada dari segi jangka masa, dari segi kumpulan ataupun sektor, kita akan teliti secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan kerajaan sedang meneliti cadangan berkaitan kenaikan gaji minimum, termasuk kesannya terhadap pekerja dan majikan.

Sebarang keputusan berhubung perkara itu dijangka diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

Related Posts

Jemaah Menteri titip doa buat Tun Dr Mahathir

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri menzahirkan doa agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kesihatan yang baik ketika beliau kini berada dalam pemantauan doktor di Institut Jantung Negara (IJN).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Malaysia, Nepal percepat usaha pengesahan 55 rakyat

PUTRAJAYA – Usaha pengesahan status 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan bencana di Nepal dipercepat menerusi persetujuan kerajaan negara berkenaan untuk membantu Malaysia dalam urusan terbabit. Jurucakap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan

Jemaah Menteri titip doa buat Tun Dr Mahathir

Jemaah Menteri titip doa buat Tun Dr Mahathir

Kerajaan Malaysia, Nepal percepat usaha pengesahan 55 rakyat

Kerajaan Malaysia, Nepal percepat usaha pengesahan 55 rakyat

PM arah teliti kenaikan gaji minimum lebih menyeluruh – Fahmi

PM arah teliti kenaikan gaji minimum lebih menyeluruh – Fahmi

Operasi Bersepadu ESSCOM catat rampasan lebih RM407,644.69

  • By Fatin
  • September 30, 2026
Operasi Bersepadu ESSCOM catat rampasan lebih RM407,644.69

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu