Operasi Bersepadu ESSCOM catat rampasan lebih RM407,644.69

BELURAN – Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bersama pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan selama dua hari bermula Isnin merekodkan rampasan bernilai RM407,644.69.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, operasi itu memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis perniagaan, kenderaan dan lokasi terpilih yang disyaki digunakan untuk menyimpan rokok serta minuman keras tidak bercukai, selain mengesan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.

Beliau berkata, sebanyak 70 premis perniagaan dan 170 kenderaan diperiksa, termasuk tiga lokasi yang dikenal pasti sebagai tempat penyimpanan rokok dan minuman keras tidak bercukai.

“Daripada keseluruhan nilai itu, tindakan penguatkuasaan menyumbang RM293,450.16 membabitkan kompaun, saman, tunggakan, bayaran serta tindakan lain di bawah akta, undang-undang dan peraturan agensi terlibat.

“Manakala rampasan rokok dan minuman keras tidak bercukai pula dianggarkan bernilai RM114,194.53 termasuk duti,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.



Victor berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah merekodkan nilai tindakan penguatkuasaan tertinggi sebanyak RM207,100.16, termasuk enam kompaun berjumlah RM159,000, empat notis pematuhan serta arahan pembayaran tunggakan RM48,100.16.

“SSM pula mengeluarkan enam kompaun bernilai RM30,000 dan tujuh notis pematuhan, manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memeriksa 14 majikan, mengeluarkan lima notis pemeriksaan serta mengenal pasti lima kes untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ memeriksa 170 kenderaan dan mengeluarkan 37 saman bernilai RM6,250, manakala Majlis Daerah Beluran (MDBeluran) mengeluarkan dua kompaun berjumlah RM100 kepada premis perniagaan kerana gagal mengurus sampah dengan betul.

Menurutnya, rampasan rokok dan minuman keras tidak bercukai turut dilaksanakan di bawah Akta Kastam 1967, termasuk Seksyen 35(1)(d) dan 135(1)(d).

“Semua barang rampasan dibawa ke Pejabat Kastam Sandakan untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” ujarnya.



Sementara itu, Imigresen memeriksa 56 individu dan tidak mengesan sebarang kesalahan imigresen, manakala pemeriksaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap 15 individu mendapati semua dokumen dikemukakan adalah tulen dan sah.

Victor berkata, operasi bersepadu membabitkan 184 pegawai dan anggota pelbagai agensi itu bertujuan menjamin keselamatan serta memelihara ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone), selain membanteras penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan, bersubsidi serta tidak bercukai.

Katanya, operasi itu turut memberi tumpuan kepada usaha mengekang keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta mengambil tindakan terhadap kesalahan lain yang dikesan mengikut bidang kuasa agensi masing-masing.

“Penekanan turut diberikan kepada peningkatan kehadiran dan dominasi pasukan keselamatan serta agensi penguatkuasaan di kawasan dikenal pasti, selain memperkukuh perkongsian maklumat dan koordinasi antara agensi.

“Pelaksanaan operasi bersepadu seumpama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa di daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan, penyeludupan, ketirisan barang kawalan dan bersubsidi serta keberadaan PATI,” tegasnya.

Sehubungan itu, Victor menyeru masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau insiden keselamatan di ESS Zone kepada Pusat Operasi ESSCOM melalui talian 089-863181 atau WhatsApp 011-63311072.

Related Posts

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

SANDAKAN – Bekalan air yang konsisten dan boleh dipercayai penting bagi menyokong pembangunan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat di Sabah dan perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027. Ketua Cabang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyediakan 60 peranti al-Quran e-Braille bernilai RM600,000 bagi memperkasa pembelajaran al-Quran dalam kalangan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negeri ini. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki