Malaysia dijangka terima kunjungan Presiden Mesir, Myanmar minggu depan

PUTRAJAYA – Malaysia bakal menerima kunjungan beberapa pemimpin negara asing minggu depan, termasuk Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kunjungan itu membabitkan beberapa bentuk lawatan, termasuk lawatan rasmi, lawatan kerja dan lawatan negara.

Katanya, Min Aung Hlaing dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang lawatannya ke Malaysia.

Presiden Mesir pula dijangka tiba pada Jumaat minggu depan selepas pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri.

“Ada beberapa pimpinan dari negara asing yang akan membuat lawatan rasmi termasuk waktu ini yang dijadualkan untuk datang membuat lawatan rasmi sama ada lawatan kerja ataupun lawatan negara.

“Ia termasuk Presiden Myanmar untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri. Presiden Mesir pula dijangka tiba pada Jumaat minggu hadapan selepas pembentangan Belanjawan (2027),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, maklumat terperinci mengenai jadual ketibaan dan program lawatan pemimpin terbabit boleh diperoleh daripada Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra.

Beliau berkata, kunjungan berkenaan antara agenda diplomatik yang akan berlangsung di Malaysia minggu depan.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM