Malaysia komited perkukuh daya tahan, kemampanan sektor pelancongan ASEAN

MANILA – Malaysia menyuarakan sokongan penuh terhadap usaha mengemas kini Perjanjian Pelancongan ASEAN bagi memastikan sektor berkaitan kekal berdaya tahan, mampan dan responsif terhadap cabaran semasa serantau.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, perkara itu disuarakan ketika beliau mewakili Malaysia pada Pemukiman Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN Ke-2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC).

Menurut Ahli Parlimen Miri itu, kemas kini perjanjian berkenaan penting bagi mencerminkan keutamaan semasa ASEAN termasuk pendigitalan dan tadbir urus, kelestarian, perubahan iklim serta pengurusan krisis.

“Ia juga seiring dengan pelan hala tuju pelancongan ASEAN terkini dan penyepaduan Timor-Leste sebagai anggota blok serantau tersebut.

“Di sebalik ketidaktentuan global dan peningkatan kos tenaga, Malaysia menekankan pendekatan memperkukuh daya tahan sektor pelancongan menerusi kepelbagaian pasaran sumber, menarik pelancong bernilai tinggi, menggalakkan pelancongan domestik serta meningkatkan kesalinghubungan udara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, kerjasama dengan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa lapangan terbang turut penting bagi memperkukuh jaringan penerbangan serta memudahkan pergerakan pelancong di rantau ini.

Beliau juga optimis bahawa Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dijadualkan hingga 2027 akan memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan antarabangsa, selain memperkukuh keyakinan terhadap perjalanan dalam rantau ASEAN.

Dalam pada itu, Choon Man berkata, Malaysia turut mengesahkan peranannya sebagai negara peneraju bersama Filipina dalam pembangunan Kecerdasan Pelancongan ASEAN (ASEAN Tourism Intelligence).

Usaha di bawah Fokus 4: Pelancongan Digital serta Kepelbagaian Produk dan Pasaran menerusi Pelan Strategik Pelancongan ASEAN (ATSP) 2026–2030 itu bertujuan memperkukuh proses membuat keputusan di peringkat serantau melalui penggunaan statistik yang boleh dipercayai, perkongsian maklumat dan dasar berasaskan bukti

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan ucapan rasmi pada ASEAN Tourism Investment Showcase dengan menekankan potensi pelaburan yang mampan dan inklusif dalam pelbagai bidang strategik.

Antaranya, pembangunan infrastruktur hijau, pelancongan berasaskan alam semula jadi dan komuniti, mobiliti mampan serta pemeliharaan seni, budaya dan warisan.

Jelasnya, Malaysia bersedia bekerjasama dengan pelabur swasta dan rakan pembangunan bagi merealisasikan idea serta peluang pelancongan serantau kepada projek yang mampu memberi manfaat secara langsung kepada komuniti tempatan.

“Penyertaan Malaysia dalam Pemukiman Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN ini mengukuhkan komitmen negara terhadap pembangunan sektor pelancongan ASEAN yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran, di samping mewujudkan peluang berpanjangan kepada masyarakat,” katanya.

Tegas beliau, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus memperjuangkan inovasi, memperkasa komuniti serta menyokong pertumbuhan pelancongan yang memberikan manfaat bermakna dan saksama kepada rantau ASEAN, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

Related Posts

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan