Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

PERANCIS meraih kemenangan 1-0 ke atas Belgium dalam Liga Negara-Negara UEFA selepas pemain gantian, Michael Olise, menjaringkan gol dua minit sebelum tamat perlawanan, manakala Itali kembali ke landasan kemenangan dengan membelasah Turkiye 4-1 di tempat lawan, awal pagi tadi.

Aksi di Brussels berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan silih berganti menguasai permainan, namun Olise memastikan permulaan kemenangan pengendali Perancis, Zinedine Zidane, berterusan menerusi larian pantas dari kawasan tengah sebelum melepaskan rembatan kemas untuk kemenangan dalam aksi Kumpulan A1 itu.

Perancis turun tanpa kapten Kylian Mbappe dan Zidane melakukan sembilan perubahan berbanding kesebelasan yang menewaskan Turkiye 1-0 minggu lalu. Bagaimanapun, kemasukan Ousmane Dembele, Rayan Cherki dan Olise membantu Perancis mengubah rentak permainan.

Itali tewas 2-0 kepada Belgium dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara pada Jumaat lalu, sekali gus menjadi permulaan mengecewakan buat Roberto Mancini yang kembali mengendalikan pasukan itu.

Namun, dalam hujan lebat di Bursa, Itali tampil dengan aksi berbeza.

Alessandro Bastoni meletakkan Itali di depan pada minit kesembilan menerusi sepakan sudut sebelum Davide Frattesi menggandakan kelebihan 13 minit kemudian selepas menyambar bola muntah hasil percubaan Michael Kayode dari sebelah kiri yang ditepis penjaga gol, Altay Bayindir.

Itali mendahului 3-0 pada minit ke-27 apabila Kayode, yang membuat penampilan sulung, melepaskan rembatan rendah yang menerjah gawang. Itali menamatkan babak pertama dengan 10 percubaan selepas menguasai permainan.

Rentak sengit berterusan selepas rehat apabila Baris Alper Yimaz merapatkan jurang buat Turkiye yang melakukan tiga pertukaran pada separuh masa, namun kelebihan tiga gol Itali kembali selepas Pio Esposito menanduk masuk gol keempat pada minit ke-50.

Related Posts

Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

Ranau – Pelari Tambunan, Donal Ronaldi, 28, membuktikan keunggulannya apabila mempertahankan gelaran juara kategori Lelaki Terbuka Timpohon Run 2026, manakala Nancy Bongkuron, 37, mencuri tumpuan dengan mencipta rekod baharu kategori…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

MANCHESTER City berusaha meneruskan permulaan sempurna dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun masa depan mereka dibayangi ketidaktentuan, manakala Manchester United akan bertandang ke gelanggang seteru tradisi, Leeds United Ahad ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

Hari Sukan Negara perkukuh kesedaran gaya hidup sihat

Hari Sukan Negara perkukuh kesedaran gaya hidup sihat