MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memperkukuh perlindungan serta menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel dan amalan penipuan bidaan susulan pindaan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Akta 713).

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Datuk Iskandar Ismail berkata, perlindungan lebih menyeluruh itu penting memandangkan kegiatan kartel lazimnya dilakukan secara sulit dan di belakang tabir.

Menurutnya, kerjasama individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat atau pengguna amat diperlukan bagi membantu MyCC membongkar amalan antipersaingan.

“Sebelum ini, perlindungan memang ada namun tidak mencukupi. Sekarang kami pertingkatkan lagi perlindungan selain memberi ganjaran.

“Ada pengadu yang tampil memberi maklumat sebelum ini tetapi apabila tiada ganjaran diberikan, mereka balik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Ruang Bicara bertajuk Pemerkasaan Ekosistem Perniagaan dan Hak Pengguna melalui Pindaan Akta 712 dan 713 terbitan Bernama TV pada Isnin.

Iskandar berkata, antara kebimbangan yang menyebabkan pemberi maklumat enggan tampil adalah risiko kehilangan pekerjaan sekiranya mereka mendedahkan maklumat sulit syarikat.

“Pengadu menyatakan dia merisikokan diri untuk datang ke MyCC namun tiada ganti rugi akan diberikan kepadanya jika dia kehilangan pekerjaan kerana membocorkan rahsia syarikat,” katanya.

Beliau berkata, apabila pindaan berkenaan diwartakan tahun ini, MyCC akan dapat menyediakan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada individu yang tampil menyalurkan maklumat.

Katanya, langkah itu turut memudahkan orang ramai khususnya pengguna membuat aduan berkaitan amalan antipersaingan.

“Sekarang dah ada perlindungan. Apabila kita kuatkuasakan pindaan ini dalam tahun ini, mudah untuk semua orang terutama pengguna membuat aduan.

“Pada masa sama, kami akan terus melaksanakan program advokasi kepada pengguna pada setiap bulan,” katanya.

Sehubungan itu, MyCC mempelawa individu atau syarikat yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan kartel supaya tampil membuat aduan menerusi pelbagai saluran, termasuk aplikasi WhatsApp.

Dalam perkembangan sama, Iskandar berkata, pindaan berkenaan turut memperluas peranan MyCC dalam menjalankan kajian terhadap pasaran yang memberi kesan signifikan kepada rakyat, termasuk sektor ekonomi digital dan e-dagang.

Menurutnya, Seksyen 11 Akta 712 memberikan kuasa kepada MyCC untuk menjalankan kajian pasaran berkaitan sektor yang memberi kesan kepada pengguna.

Beliau berkata, kerjasama dengan agensi persaingan di negara lain turut membolehkan MyCC mendapatkan maklumat bagi memastikan pasaran domestik tidak menjadi mangsa amalan antipersaingan oleh syarikat antarabangsa.

Related Posts

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memperketat kawalan keselamatan di lapangan terbang menerusi empat langkah segera bagi tempoh enam bulan akan datang. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan cadangan melarang parti politik daripada menerima sebarang dana dari luar negara, termasuk disalurkan menerusi pihak ketiga di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM