40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Hak 40 peratus Sabah tidak pernah dijadikan bahan tawar-menawar politk atau diletakkan sebagai syarat sokongan politik kepada Kerajaan MADANI.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) Ahmad Farid Sainuri berkata, hak Sabah kekal sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Merujuk kepada laporan media bertajuk ‘Kalau mahu pembayaran RM1.5 bilion interim diteruskan, kekalkan kerajaan MADANI’, beliau berkata, kenyataan Datuk Mustapha Sakmud dipetik di luar konteks sehingga menimbulkan gambaran seolah-olah hak perlembagaan Sabah dikaitkan dengan sokongan politik kepada kerajaan.

“Apa yang ingin ditegaskan oleh Menteri adalah kesungguhan pentadbiran Kerajaan MADANI memenuhi keperluan Sabah dengan meningkatkan pembayaran interim hingga mencecah jumlah yang tidak terjangkau selama ini.

“Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah tersebut meningkat daripada RM300 juta pada 2023 kepada RM600 juta pada 2024 dan kini RM1.5 bilion setahun,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Ahmad Farid, peningkatan bayaran interim ini adalah bukti kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan dalam mencari jalan penyelesaian terhadap perkara-perkara berkaitan hak serta kepentingan rakyat Sabah.

“Malah, Pemberian Khas Interim RM1.5 bilion bukan dan tidak pernah dianggap sebagai pengganti kepada penyelesaian tuntutan 40 peratus.

“Ia merupakan bayaran sementara proses menentukan nilai sebenar Pemberian Khas Sabah dimuktamadkan, ” jelasnya.

Tambahnya, formula, nilai sebenar dan mekanisme pelaksanaan bukanlah perkara yang diketepikan, sebaliknya proses utama yang sedang dimuktamadkan antara Kerajaan Sabah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Kementerian Kewangan Sabah dan Kerajaan Persekutuan melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Keutamaan Menteri kekal jelas iaitu sebarang hal yang berkaitan dengan hak Sabah dan Sarawak dalam MA63 perlu diselesaikan secara berkesan mjengikut lunas perlembagaan tanpa menjejaskan perpaduan negara,” tegasnya.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan