Penyelewengan akidah bercanggah al-Quran, al-Sunnah perlu dipandang serius

PUTRAJAYA – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) memandang serius sebarang bentuk penyelewengan akidah yang menyimpang daripada ketetapan al-Quran dan al-Sunnah, ijmak ulama serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, pihaknya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat dan merosakkan pegangan akidah umat Islam di negara ini.

Beliau menegaskan, JMWP bersedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan agama bagi membanteras tindakan yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

“Sehubungan itu, JMWP menyeru seluruh umat Islam agar sentiasa berpegang teguh kepada fatwa-fatwa yang telah diputuskan berkaitan pegangan akidah dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang ajaran yang diragui kesahihannya.

“Dalam masa yang sama, JMWP ingin mengingatkan masyarakat agar merujuk sebarang kemusykilan berkaitan akidah kepada badan-badan agama yang berautoriti dan tidak bertindak secara melulu sehingga boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian sejagat.

“Akidah yang sahih adalah tunjang kekuatan umat. Memeliharanya adalah tanggungjawab bersama,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Baru-baru ini, tercetus pemilik akaun Facebook atas nama Masyitah Ashari mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli terlibat dalam ajaran New Age Movement (NAM) yang menurut sejumlah tokoh agama sebagai bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kemudian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaporkan sebagai berkata mengadakan sesi pertemuan dan tabayyun bersama Marhamah bagi mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai dakwaan berkenaan.

Kemudian, Marhamah menerusi kenyataan menegaskan beliau berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak pernah meninggalkan pegangan tersebut.

Related Posts

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah FELDA, Datuk Faizoull Ahmad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung pemindahan hak milik 16 bidang tanah milik FELDA di Jalan Semarak pada 2014. Faizoull,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KWSP sasar enam daripada 10 ahli capai simpanan asas RM390,000 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan enam daripada setiap 10 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai tahap Kecukupan Pendapatan Persaraan dengan penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat berhubung isu pelarian Myanmar

Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat berhubung isu pelarian Myanmar