Program Residensi Rakyat bantu pasangan miliki kediaman sendiri

KUANTAN – Selepas 10 tahun menanti, impian pasangan Mohd Azuan Mohd Amin dan isteri, Hanisah Abd Kadir memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi skim Program Residensi Rakyat (PRR) diperkenalkan kerajaan Pahang, pasangan itu menerima kunci kediaman mereka di Taman Seri Inderapura, dekat sini, hari ini.

Majlis penyampaian kunci dilakukan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), Datuk Ahmad Islanizam A Halim.

Hanisah yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dekat Indera Mahkota 14, di sini, memberitahu, mereka sebelum ini menumpang di rumah mak mentua dekat Tanah Putih.

“Memang bersyukur sangatlah bila dimaklumkan kami layak menerima kunci RRP hari ini. Masa mula-mula memohon, kami harap dapat rumah di Kampung Tiram, tapi di sini pun tidak mengapalah, rezeki juga.

“Paling penting rumah ini milik sendiri, jadi selesalah sikit untuk saya bersama suami dan dua anak,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Dia juga berterima kasih kepada kerajaan Pahang dan LPHP kerana menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) bagi kediaman mereka.

Katanya, suaminya berdepan masalah kesihatan dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

“Jadi ini pun nilai tambah kepada kami, dulu suami saya bekerja dengan syarikat pembersihan, tapi lepas kemalangan, pergerakannya terbatas dan banyak mengharapkan bantuan kerusi roda untuk urusan harian,” jelasnya.

Sementara itu, Mohammad Fakhruddin berkata, projek PRR adalah antara inisiatif kerajaan Pahang membantu penduduk di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

“Selain PRR, kerajaan Pahang juga ada skim Rumah Rakyat Pahang (RRP), PR1MA Pahang dan pelbagai lagi skim yang boleh dimohon mengikut kelayakan masing-masing.

“Untuk skim ini yang dikendalikan LPHP, harga ditawarkan bermula RM45,000 hingga RM150,000 dan nilai rumah ini kalau di luar, tanpa subsidi kerajaan Pahang, ada antaranya boleh mencecah RM400,000.

“Paling penting, kita juga menyediakan rumah percuma menerusi skim RRP dan ini berjalan sejak 2018 lagi.

“Begitu juga dengan kemudahan tadika di setiap kawasan perumahan baharu, perkara ini juga kerajaan Pahang mengambil maklum dan melalui kerjasama LPHP, satu unit kediaman bagi projek (perumahan) di bawah kerajaan Pahang akan diperuntukkan bagi tujuan operasi tadika,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah pangsa berhampiran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak lama lagi.

Katanya, ia penting kerana tahun hadapan ECRL akan memulakan operasi dan permintaan bagi kediaman berhampiran stesen dijangka meningkat bagi memenuhi permintaan mereka yang bekerja dan berulang-alik menggunakan kemudahan kereta api laju itu.

Related Posts

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

MARAN – Sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh penghadang tengah Lebuhraya Pantai Timur selepas hilang kawalan dan terbabas ketika cuba memotong lori, petang semalam. Ketua Polis Maran, Superintenden Wong Kim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ulang tahun ke-24 RELA Simpok eratkan hubungan komuniti

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-24 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Simpok di Dewan Kampung Simpok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat berhubung isu pelarian Myanmar

Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat berhubung isu pelarian Myanmar