Empat warga Myanmar ditahan bersama bot fiber, bubu naga di perairan Perak

KUALA KURAU – Empat warga Myanmar ditahan bersama dua bot fiber tanpa pendaftaran dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Tanjung Piandang dan Pulau Sangga Kecil, Perak, hari ini.

Dalam operasi kira-kira jam 12.15 pagi itu, sebanyak 126 unit bubu naga turut dirampas oleh Maritim Malaysia Zon Kuala Kurau.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata, operasi berkenaan dilaksanakan hasil maklumat, pemantauan dan risikan terhadap aktiviti penggunaan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.

Menurutnya, pada awal operasi pasukan menemukan dan merampas 26 unit bubu naga yang dipasang dan ditinggalkan pada kedudukan kira-kira 6.1 batu nautika barat daya Tanjung Piandang.

“Seterusnya, kira-kira jam 10.00 pagi, pasukan operasi mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran di perairan Pulau Sangga Kecil. Pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa tiga warga Myanmar bersama 100 unit bubu naga yang dipercayai akan digunakan untuk aktiviti menangkap ikan,” katanya.

Mohd Hairil berkata, pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penahanan sebuah lagi bot fiber tanpa nombor pendaftaran berhampiran lokasi sama bersama seorang warga Myanmar yang dipercayai baru selesai menjalankan aktiviti memasang peralatan menangkap ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua empat warga Myanmar disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah,” ujarnya.

Jelasnya, kedua-dua bot pula disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai nombor pendaftaran yang sah serta memiliki dan menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan, iaitu bubu naga.

“Kesemua empat individu bersama dua bot fiber dan 126 unit bubu naga telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk tindakan lanjut dan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan, risikan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang, khususnya penggunaan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan serta penggajian warga asing tanpa dokumen yang sah.

Related Posts

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

KOTA KINABALU – Projek tebatan banjir fasa dua Kampung Rampayan, Sepanggar perlu diberi keutamaan dan dipercepatkan bagi menangani masalah banjir yang berulang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini