Jenazah Tun Hasmah disolatkan selepas Asar, dikebumi di Putrajaya

PUTRAJAYA – Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.20 pagi tadi akan dibawa ke Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur untuk disolatkan, petang ini.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan selepas Asar di masjid berkenaan petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

Terdahulu, jenazah dibawa pulang ke kediaman di The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada 11.30 pagi tadi.

Beliau yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 yang merupakan antara wanita Melayu terawal negara bergelar doktor, genap berusia 100 tahun pada 12 Julai lalu.

Dilahirkan di Kampung Jawa, Klang, Selangor, pada 1926, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura, menerusi biasiswa kerajaan dan satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulannya.

Di situlah beliau bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum mereka berkahwin pada 1956.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarhamah banyak menyumbang kepada pemerkasaan serta penjagaan kesihatan ibu dan anak, terutama di kawasan luar bandar selain meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Dr Siti Hasmah dikenang sebagai lambang kesederhanaan, kebijaksanaan dan kasih sayang selain memiliki keperibadian yang lembuh serta berwibawa.

Related Posts

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada Isnin. Anwar berkata demikian ketika ditanya pengamal media sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menunggu maklum balas daripada Meta berkaitan aduan membabitkan akaun WhatsApp yang digodam, diambil alih atau disekat sehingga tidak boleh diakses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan perlu dorongan lebih kukuh untuk pulihkan ekonomi – Chong

  • By Fandi
  • September 28, 2026
Sandakan perlu dorongan lebih kukuh untuk pulihkan ekonomi – Chong

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi