RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR – Semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) kini digantung selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan berkuat kuasa semalam.

RoS dalam kenyataan hari ini berkata, perintah itu dibuat mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu.

Menurutnya, notis berkenaan meminta penjelasan PN terhadap aduan yang dikemukakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada RoS.

“RoS telah mengeluarkan notis mengikut Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 22 September 2026, dan suatu tempoh munasabah diberikan kepada PN untuk menjawab notis berkenaan.

“Notis itu bertujuan meminta PN memberi penjelasan berkenaan aduan dilaporkan Bersatu kepada RoS, dan notis itu bukan keputusan pembatalan pendaftaran,” katanya.

RoS berkata, perintah penggantungan yang berkuat kuasa 23 September lalu bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.

“RoS menyeru semua pihak agar merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh jabatan ini dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam,” katanya.

Semalam, PN mengesahkan menerima notis RoS bertarikh 22 September yang memberi tempoh 30 hari kepada gabungan itu untuk mengemukakan penjelasan mengapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan.

Menurut laporan media, sumber memaklumkan notis itu disampaikan kepada Pengerusi dan Setiausaha Agung PN serta semua parti komponen gabungan berkenaan.

Beberapa parti komponen PN menerima arahan supaya tidak menggunakan nama dan logo gabungan itu dalam sebarang aktiviti sehingga Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan muktamad.

RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan rasmi Bersatu pada 11 Ogos lalu, antara lain berkaitan dakwaan parti itu tidak terbabit dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai serta isu status keanggotaannya dalam gabungan itu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut dilaporkan meminta RoS membuat keputusan segera berhubung aduan berkenaan, termasuk lapan perkara yang didakwa melanggar aturan PN.

Related Posts

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

KUALA TERENGGANU — Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) mengumumkan penyusunan semula tiga jawatan tertingginya selepas menerima peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun sebagai ketua sayap berkenaan. Keputusan itu dicapai menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian