ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

HANGZHOU – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjadi keutamaan kerajaan sebelum langkah seterusnya dalam pembangunan pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) untuk dipertimbangkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pembangunan infrastruktur pengangkutan perlu mengambil kira kemampuan negara, kos serta keupayaan pelaksanaan mengikut jadual.

“Ya, tentulah kita tengok khidmat dan kelajuannya dan keindahannya, kecepatannya, semua terbaik. Tapi kita tengok ECRL sajalah dulu.

“Kemudian beberapa langkah lain dibuat, kita tentunya terikat dengan kos, dengan pelaksanaannya ikut jadual,” katanya kepada media ketika berada dalam kereta api berkelajuan tinggi dari Shanghai menuju ke bandar ini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai pengalaman menaiki HSR serta kemungkinan mengambil inspirasi daripada sistem berkenaan bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan kereta api di Malaysia.

Beliau berkata, perjalanan menaiki HSR dari Shanghai ke Hangzhou itu adalah pengalaman pertamanya, selepas sebelum ini pernah menggunakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di Jepun serta perkhidmatan kereta api dari Paris ke London.

Menurutnya, keupayaan HSR dari segi kelajuan dan perkhidmatan sememangnya memberikan pengalaman baik, namun pembangunan infrastruktur seumpama itu di Malaysia perlu dilaksanakan berdasarkan keutamaan dan kemampuan negara.

“Di antara banyak lagi jenis pengangkutan, keutamaan lain dengan sekolah, saya pilih baiki sekolah dulu,” katanya.

Perdana Menteri berada di Shanghai sempena lawatan kerja atas undangan kerajaan China, antaranya menghadiri dan menyaksikan Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dan makan malam bersama Perdana Menteri China, Li Qiang, hari ini.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula hari ini, membabitkan semua kategori pengundi yang layak. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal