Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini.

Atlet berusia 20 tahun itu muncul juara acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 pada aksi final di Gimnasium Toyohashi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut dan berharap pencapaian Adeola mampu menyuntik semangat seluruh kontinjen negara yang sedang menggalas cabaran di temasya berkenaan.

“Alhamdulillah, tahniah buat Adeola Fay Robert yang menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya menerusi acara karate.

“Semoga kejayaan ini membakar semangat seluruh kontinjen negara yang sedang menggalas cabaran di bumi Jepun. Teruskan berjuang dan harumkan nama Malaysia!,” katanya menerusi laman X.

Dalam laluan ke final, Adeola menewaskan wakil Kuwait, Asrar Jasem, 9-1 pada pusingan 16 terbaik sebelum mengatasi Sevinch Rakhimova dari Uzbekistan 8-7 di suku akhir.

Beliau kemudian menundukkan atlet Kazakhstan, Bella Samasheva, 5-4 pada separuh akhir bagi mengesahkan tiket ke perlawanan akhir.

Kejayaan itu menyaksikan Adeola yang membuat penampilan sulung di Sukan Asia, muncul sebagai penyumbang emas pertama Malaysia selain menamatkan penantian skuad karate wanita negara untuk emas Sukan Asia sejak Syakilla Salni pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Adeola yang pernah meraih pingat perak pada SUKMA Sarawak 2024 turut mengakui tidak menyangka mampu mara sehingga ke final, sebaliknya hanya mahu memberikan aksi terbaik dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan Asia.

Kejayaan itu juga meneruskan momentum positif atlet berkenaan selepas meraih pingat gangsa pada Sukan SEA Thailand 2025.

Setakat ini, skuad karate negara telah menyumbang tiga pingat di temasya berkenaan, termasuk dua gangsa menerusi K. Thevendran dan H. Sureeya Sankar.

Related Posts

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Infantino sedia bincang reformasi FIFA

PARIS – Presiden FIFA, Gianni Infantino mencadangkan badan bebas memantau proses membuat keputusan badan induk bola sepak dunia itu, dalam langkah yang berpotensi membantunya mendapatkan semula sokongan selepas rancangan pelaburan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Polis buru kenderaan dipercayai langgar maut lelaki Indonesia di Segaliud

  • By Fandi
  • September 23, 2026
Polis buru kenderaan dipercayai langgar maut lelaki Indonesia di Segaliud

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya